Motosikal

MODEL KONSEP HUSQVARNA 701 VITPILEN

Pengeluar jenama Husqvarna sebelum ini agak goyah sebelum  diselamatkan oleh KTM.  Ia kemudian memperoleh dana sokongan daripada pengeluar motosikal gergasi dari India, Bajaj.

Husqvana-701-Vitpilen-mekanika (8)

Selepas dipulihkan, jenama berkenaan meneruskan projek-projek yang terhenti sebelumnya. Dan…salah satunya ialah jentera konsep yang dipamerkan di EICMA, Milan iaitu 701 Vitipilen.

Dari segi penampilan, model café racer itu memang kelihatan begitu garang.

Husqvana-701-Vitpilen-mekanika (5)

Namun begitu, pihak Husqvarna lebih senang menyatakan model konsep itu sebagai roadster. Dari segi enjin, ia masih berasaskan kepada model KTM 690 Duke satu silinder.  Ia mampu menghasilkan kuasa 73hp yang memiliki karakter yang mengujakan ketika enjin berada pada putaran rendah.

Husqvarna memberitahu, projek pembangunan 701 Vitpilen adalah satu perkara yang serius. Pereka motosikal Britain, Craig Dent yang berkerja dengan Kiska Design merupakan pereka jentera KTM sejak dua dekad dahulu. Beliau mengakui bahawa  701 Vitpilen ialah jentera yang cukup berkuasa.

Husqvana-701-Vitpilen-mekanika (2)

“Jentera yang hanya memiliki tangki bahan api, bahagian belakang dan pelana kecil, itu sahaja,” katanya.

Pada bahagian kaki, 701 Vitpilen didatangkan dengan suspensi hadapan up-side down WP. Bersama sokongan brek disk berkembar dari Brembo.

Husqvana-701-Vitpilen-mekanika (4)

Rekaan yang ditampilkan juga adalah ringkas dengan padanan warna gelap dan jalur berwarna putih. Penapis udara yang terkeluar pada sisi sebelah kanan motor menyerlahkan imej perlumbaan. Lampu hadapan pula dilengkapi teknologi LED.

Berkonsepkan gayaan ultra moden, difahamkan model tersebut akan memulakan produksinya tahun hadapan. Ketika itu informasi lengkap akan didedahkan kepada umum.

Husqvana-701-Vitpilen-mekanika (7)

Jika jentera ini dibawa masuk ke pasaran tempatan, pasti ia akan menarik perhatian peminat café racer. Haa…. dengarnya pasaran roda dua negara bakal menerima model cafe racer ini dari Husqvarna pada tahun depan.

Berita tersebut hangat diperkatakan sejak akhir tahun ini.  Difahamkan, salah satu syarikat tempatan sudah mendapat kelulusan untuk menjadi pengedar rasmi jenama Husqvarna di Malaysia.

Husqvana-701-Vitpilen-mekanika (3)

Adakah 401 Vitpilen (berasaskan KTM 390 Duke) bakal menjadi model pertama Husqvarna tahun hadapan?. Sama-sama kita nantikan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button