MODIFIKASI EKSTREM DUCATI SCRAMBLER EMAS DARIPADA AELLAMBLER JEPUN

SHARE

Ducati Scrambler sememangnya dibina untuk dimodifikasi. Sejak diperkenalkan ke pasaran beberapa tahun lalu, sudah terlalu banyak model Ducati Scrambler yang telah diubah suai.

Terbaharu ialah hasil karya sebuah firma talaan dari Jepun yang dikenali sebagai Aellambler. Menggunakan sebuah Ducati Scrambler 803 sebagai asasnya, modifikasi yang dilakukan oleh artis bernama Masaharu-san itu memang ekstrem.

Modifikasi itu melibatkan dua bahagian iaitu fairing hadapan, tangki minyak dan tempat duduk. Komponen tersebut kemudian dibalut dengan kepingan kerajang berwarna emas menggunakan tangan.

Isuzu Dmax Desktop

Sementara tempat duduk nipis yang dibalut kulit berwarna coklat itu menyerlahkan lagi kemewahannya. Masaharu-san dilapor mereka bentuk Ducati Scrambler ini menggunakan teknik pemodelan 3D.

Enjin L-twin Ducati itu bagaimanapun tidak menerima sebarang bentuk pengubahsuaian dan sistem pancitan bahan apinya dibiarkan standard.

Motosikal tersebut bakal bersaing dalam pertandingan Scrambler Ducati Custom Rumble edisi kedua untuk kategori “Best Independent Customizer”.

GALERI

Share this post

scroll to top