Motosikal

MOTO GUZZI SAH LANCAR V7 III & V9 PADA 15 JULAI DEPAN! 

Anda mahu sebuah jentera moden klasik dan lain daripada orang lain? Jika ya, berita ini pasti menggembirakan anda. 

DIDI Resources yang bertanggungjawab membawa kembali motosikal jenama Moto Guzzi ke pasaran tempatan dijadual melancarkan dua model baru pada 15 Julai depan. Dua model yang dimaksudkan ialah Moto Guzzi V7 III dan V9.

Pengenalan V7 III yang sudah memasuki generasi ketiga itu dibuat bagi meraikan ulang tahun ke-50 penghasilannya. Harus tahu bahawa V7 ialah model Moto Guzzi yang paling laris.

V7 III dikuasakan oleh enjin V-Twin bersesaran 750cc dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Enjin yang mematuhi piawaian emisi Euro 4 itu mampu menjana kuasa sehingga 52hp dan tork 60Nm.

Merujuk kepada laman web rasmi Moto Guzzi, V7 III terdiri daripada varian Stone, Special dan Racer. Sementara varian Anniversario yang merupakan tribut untuk model asal V7 hanya dihadkan kepada 750 unit sahaja.

V9 pula ditawarkan dalam dua varian iaitu Roamer dan Bobber. Kedua-dua jentera itu dijana oleh unit enjin V-Twin bersesaran 850cc dengan kuasa 55hp dan tork 64Nm.

Hadir dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) dari Itali, cafe racer itu bakal ditawarkan pada harga sekitar RM60,000 hingga RM70,000 seunit.

“Kami akan menawarkan semua varian Moto Guzzi V7 III dan V9. Kami juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik kepada pemilik motosikal Moto Guzzi dan bakal pelanggan,” kata sumber yang menggangarkan terdapat lebih 200 unit motosikal Moto Guzzi di Malaysia.

Moto Guzzi dijangka membuka bilik pameran dan bengkelnya di Petaling Jaya, Selangor. Lebih menarik lagi, bangunan yang baru diubah suai itu turut menempatkan sebuah cafe, kedai menjual pakaian, topi keledar dan pelbagai aksesori motosikal.

BACA: MOTO GUZZI V9 BOBBER & V9 ROAMER

Sebuah kedai gunting rambut juga akan dibuka. Jadi, pelanggan mempunyai banyak aktiviti untuk dibuat sementara menunggu motosikal mereka diservis.

GALERI

Google ads
Back to top button