Motosikal

MOTOCHIMP – MOTOSIKAL ELEKTRIK COMEL DARI SINGAPURA

Berhasrat untuk mengubah idea pengangkutan di kawasan bandar, pengeluar kenderaan elektrik yang berpangkalan di Singapura, Vanda Electrics memperkenalkan Motochimp. Untuk makluman, Vanda Electrics merupakan syarikat di sebalik penghasilan supercar elektrik Dendrobium.

Motochimp didedahkan kepada umum pada acara Pameran Reka Bentuk Antarabangsa Shenzen. Ia dijadual dijual di Jepun, sebelum menembusi pasaran Asia, United Kingdom dan Eropah.

motochimp-electric-bike-singapore-mekanika-3

Direka supaya mesra alam dan berbeza dengan mode pengangkutan bandar konvensional, Motochimp digerkakkan oleh motor elektrik berkuasa 48V 350W. Ia boleh memecut dengan selesa sehingga kelajuan 30km/j. Kuasa elektriknya disimpan di dalam satu pek bateri lithium-ion yang kompak.

Dijual pada harga AS$2,000 (RM8,000) seunit, Motochimp boleh mencapai jarak perjalanan sejauh 60km dengan pengecasan pantas selama 60 minit menggunakan plug biasa di rumah. Tidak didatangkan dengan kabel yang besar, malah ruang pengecasan diletakkan di bawah tempat duduk.

motochimp-electric-bike-singapore-mekanika-2

Motochimp boleh dihidup menggunakan kunci digital tanpa sentuh. Menggunakan teknologi RFID hanya perlu mengimpbas kunci digital pada transponder. Kedua-dua alat itu mempunyai satu kod ID digital yang unik.

Kelajuan motosikal itu boleh dipantau menerusi sebuah speedometer kecil yang terang dan mudah dibaca. Ia diletakkan pada bar hendal, berhampiran pendikit.

motochimp-electric-bike-singapore-mekanika-6

Badan motosikal ini tahan lama dan diperbuat daripada aloi aluminum (6061) untuk mendapatkan tekstur yang cantik dan kemas. Pelanggan boleh memilih warna-warna terang seperti merah, biru atau kuning.

Memiliki panjang kurang satu meter dan tapak roda cuma 750mm, penunggang boleh mencelah dengan mudah ketika menunggangnya.  Biarpun nampak pelik, Motochimp menjanjikan tunggangan yang menyeronokkan dan bergaya.

Google ads
Back to top button