Motosikal

MOTOSIKAL BMW UNTUK POLIS

BMW Motorrad baru-baru ini mempamerkan rangkaian jentera dan peralatan untuk kegunaan pihak berkuasa.  Kalau anda nak tahu, BMW Motorrad sudah terlibat dalam penghasilan motosikal seperti ini selama lebih 85 tahun. 

P90139148

Sejak tahun 1970, lebih 130,000 unit motosikal BMW digunakan oleh pihak berkuasa di 150 buah negara. Ini jelas membuktikan ketahanan dan keupayaan motosikal keluaran BMW Motorrad.

P90139158

Selain BMW R 1200 RT, BMW Motorrad turut mempamerkan model F 800 GT dan F 700 GS yang dilengkapi enjin parallel-twin. Malah, model K 1600 GT dan skuter C 600 Sport yang dibangunkan bersama pihak BMW Motorrad Belanda turut dipamerkan untuk tatapan pengunjung.   

P90139017

Acara yang dikenali sebagai Milipol itu menyaksikan BMW Motorrad melakukan debut dunia model C 600 Sport bersama rekaan khas untuk polis bandar. Ia memiliki skim warna khas bersama lampu pada bahagian belakangnya.

P90139021

BMW Motorrad menjadikan Milipol sebagai medan terbaik untuk mengetengahkan rekaan model BMW C evolution. Ia juga berperanan untuk menyerlahkan bagaimana rupa sebuah skuter berkuasa elektrik bagi kegunaan anggota keselamatan.

P90139019

Dibina berasaskan kepada model C evolution, motosikal mesra alam itu direka agar menepati keperluan tertentu. Dengan kuasa maksimum mencecah 35kW, ia mampu memecut sehingga 120km/j.

P90139015

Bateri berkapasiti 8kwh itu membolehkannya bergerak sejauh 100 kilometer sebelum perlu dicaj semula. Ia boleh dicaj penuh dalam tempoh empat jam menggunakan soket elektrik biasa (220V).

P90139022

Tidak berkompromi dengan aspek keselamatan, C evolution hadir bersama sistem ABS yang juga merupakan ciri standard untuk semua motosikal BMW.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button