Motosikal

MOTOSIKAL DEMAK MASUKI PASARAN KEMBOJA – 25,000 UNIT DENGAN NILAI RM200 JUTA

Pemasang motosikal jenama Demak, DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Asian Comfort Investment Co. Ltd untuk mempromosi serta memasarkan motosikal Demak di Kemboja.

Ini sememangnya satu perkembangan positif buat Demak selepas ia berjaya menembusi pasaran Sri Lanka, Indonesia dan Filipina.  

MoU tersebut akan menyaksikan DNC Asiatic memasarkan sebanyak 25,000 unit motosikal pelbagai jenis ke Kemboja dengan nilainya mencecah AS$50 juta (RM200 juta).

Di bawah jenama Demak, Demak Group telah berjaya membina dan memasarkan lebih 30 model motosikal, skuter, moped, sport, utiliti, motosikal elektrik dan aksesori.  

Google ads
Back to top button