Motosikal

MOTOSIKAL ELEKTRIK DARIPADA KAWASAKI

Kawasaki telah berjaya menyelesaikan masalah penyejukan pada motosikal elektrik yang dibangunkannya. Motosikal itu didakwa dipasang dengan enjin yang mampu menggerakkan sebuah trak kecil! Sebelum ini, terdapat banyak laporan bahawa Kawasaki sibuk membangunkan motosikal elektrik dan hibrid.

Kawasaki-electric-bike-diagram-mekanika (3)

Namun masalah utama yang mereka hadapi sebelum motosikal tersebut boleh dipasarkan ialah haba yang dihasilkan oleh motor elektrik.

Terbaharu, timbul pula lakaran daripada kilang yang menunjukkan pelan melibatkan satu sistem penyejukan untuk motor elektriknya. Sistem penyejukan minyak itu berfungsi memastikan suhu motor elektrik kekal stabil.

Kawasaki-electric-bike-diagram-mekanika (1)

Biarpun begitu, perincian mengenai bagaimana suhu motor dapat dikekalkan pada rpm tinggi masih tidak didedahkan. Penerangan pada rekaan radiator dan pam minyak di sekeliling bahagian luar alat ganti yang bergerak, menunjukkan motosikal tersebut dilengkapi sebuah tangki minyak palsu.

Manakala bateri yang menggerakkan sistem diletakkan pada bahagian atas lakaran motosikal untuk menyimbangkan berat motor elektrik terbabit. Aspek penyejukan juga datang dari sebuah ram udara yang mengalirkan udara dengan pantas pada bahagian atas bateri.

Sehingga kini, tiada output kuasa enjin itu dinyatakan. Lakaran ini juga menunjukkan bahawa ia sesuai digunakan untuk kenderaan hibrid bersama sebuah enjin petrol yang kecil.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button