Motosikal

MOTOSIKAL MAINAN DUCATI-MECCANO

Ducati baru-baru ini mengumumkan perjanjian perlesenan dengan pembuat barangan permainan terkemuka di dunia, Spin Master Corp.

Ducati-Maccano-toy-mekanika (1)

Perjanjian itu menyaksikan kedua-dua buah syarikat tersebut akan menghasilkan dan mengedar satu set motosikal mainan yang dikenali sebagai Ducati-Maccano.

Set permainan itu dimulakan dengan Ducati Monster 1200 S Build and Play. Perincian yang ada pada motosikal mainan itu termasuklah suspensi dengan pegas gegelung, roda multi bahagian, bar hendal dan sebagainya,

Ducati-Maccano-toy-mekanika (2)

Melihatnya sekali imbas, tiada satu pun perincian reka bentuk Ducati yang ditinggalkan. Malah tongkatnya boleh berfungsi seperti motosikal sebenar. Model yang mudah dipasang oleh kanak-kanak berusia dari sepuluh tahun itu terdiri daripada lebih 290 komponen. Ia didatangkan dalam warna merah Ducati yang menyerlah.

Set Ducati Monster 1200 S Build and Play kini sudah boleh dibeli di pasaran Eropah seperti United Kingdom.

Google ads
Back to top button