MOTOSIKAL TERBANG BMW HOVER RIDE DESIGN CONCEPT

SHARE

 

 

BMW Motorrad baru-baru ini bekerjasama dengan LEGO untuk menghasilkan sebuah BMW R 1200 GS Adventure.

Model yang inovatif itu dilancarkan pada 1 Januari 2017. Ia memiliki kemampuan untuk bertukar menjadi sebuah ‘motosikal terbang’ tanpa sebarang roda bersama rekaan futuristik.

Tidak mahu ia sekadar menjadi satu ilusi, BMW Motorrad sebaliknya membuat keputusan untuk menghasilkan versi motosikal hover itu pada saiz sebenar. Jentera itu kemudian dikenali sebagai Hover Ride Design Concept.

Junior Company BMW yang merupakan satu unit latihan inovatif untuk pelatih-pelatih BMW pasa asalnya ditugas untuk membangunkan sebuah Hover Ride Design Concept.

Mereka akhirnya berjaya menghasilkan jentera tersebut menggunakan alat ganti produksi model 1200 GS Adventure.

Antara komponen unik motosikal terbang itu ialah propeller yang dipasang pada bahagian roda hadapan. Terdapat juga dua sayap di bahagian fender motosikal itu.

Baru-baru ini, BMW Hover Ride Design Concept pada acara LEGO World di Copenhagen Denmark.

BACA: LEGO AKAN HASILKAN HASILKAN SET CATERHAM SEVEN

BACA: TOPI KELEDAR MODEN & RETRO BMW MOTORRAD 2017

GALERI

(Visited 1,962 times, 70 visits today)

Share this post

scroll to top