Motosikal

MT 09 TRACER DI IIMS 2016

PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) memperkenalkan jentera touring MT 09 Tracer pada  Indonesia International Motor Show (IIMS) 2016.

2016-Yamaha-MT09-Tracer-mekanika (2)

YIMM membawa masuk model berkenaan kerana penunggang di Indonesia dikatakan gemar berkelana jauh. Apatah lagi Indonesia mempunyai daerah-daerah yang memiliki laluan yang mencabar bagi seorang biker.

Maka, kehadiran MT-09 Tracer dilihat mampu memenuhi segala keinginan berkenaan.  Model touring itu dilengkapi enjin tiga silinder bersesaran 850cc dengan sistem penyejukan cecair.  Ia mampu menghasilkan kuasa 115PS @ 10,000rpm dan 87.5Nm @ 8,500rpm.

2016-Yamaha-MT09-Tracer-mekanika (5)

Ciri D-Mode membolehkan karakter enjin diubah mengikut kehendak pengguna. Sama ada standard, sederhana atau agresif.

Antara ciri lain yang ditawarkan termasuklah Traction Control System (TCS) dan Yamaha Chip Controller Throttle (YCC-T) yang boleh dilaraskan mengikut kesesuaian jalan.

2016-Yamaha-MT09-Tracer-mekanika (6)

Aspek keselesaan disumbang oleh rekaan dan ketinggian pelana yang ergonomik.   Tempat duduk rekaan double seat itu mampu dilaras  ketinggiannya. Semaksimum  860mm dan minimum  845mm.

Didatangkan dalam unit terhad, MT-09 Tracer ditawarkan pada harga Rp 325 juta (RM97,500). Tiga  pilihan warna ditawarkan iaitu merah, biru dan kelabu.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button