Motosikal

MV AGUSTA MAHU BERPISAH DENGAN MERCEDES-AMG?

Lagi perkembangan menarik mengenai MV Agusta. Pengeluar motosikal dari Itali itu dikatakan cuba untuk membeli semula sahamnya daripada Mercedes-AMG, sebelum ingin mendapatkan modal dan pelabur baharu.

MV-Agusta-F3-800-Mercedes-AMG-GT-mekanika (3)

Ketika bercakap dengan akhbar Itali II Giorno, Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta, Giovanni Castiglioni mengesahkan bahawa beliau sedang berunding untuk berbuat demikian. Apa yang pasti, ia bukan satu tugas mudah.

Ini kerana MV Agusta kini memiliki hutang lebih €40 juta (RM180.5 juta). Merumitkan lagi keadaan, sejumlah hutang tersebut melibatkan Mercedes-AMG. Sedangkan kontrak pelaburan mensyaratkan sekiranya AMG tidak memiliki 20 peratus atau lebih saham MV Agusta, jumlah pinjaman itu akan berakhir serta-merta.

MV-Agusta-F3-800-Mercedes-AMG-GT-mekanika (6)

Jadi, bagi membolehkan Castiglioni membeli semula saham AMG, beliau perlu mencari pelabur yang ingin melangsaikan hutang sebanyak €15 juta (RM68 juta). Selain melabur sejumlah moda untuk memastikan MV Agusta dapat terus hidup.

Mercedes-AMG dikatakan berminat untuk untuk membeli MV Agusta seperti Volkswagen memiliki Ducati. Namun, Castiglioni nampaknya tidak berminat berbuat demikian.

MV-Agusta-F3-800-Mercedes-AMG-GT-mekanika (4)

Castiglioni telah menukar pelan perniagaannya untuk membolehkan MV Agusta kembali mencatat keuntungan. Di bawah pelan baharu itu, MV Agusta akan mengurangkan jumlah pengeluaran daripada 9,000 unit kepada 6,000 hingga 7,000 unit setahun.

Bajet R&D juga akan dipotong daripada €15 juta (RM68 juta) kepada €7 juta (RM32 juta). Dengan pengurangan ini, pastinya MV Agusta terpaksa melepaskan kira 200 orang kakitangannya.

MV-Agusta-F3-800-Mercedes-AMG-GT-mekanika (2)

“Kami berminat untuk mempunyai jualan yang berkualiti dan kecairan wang tunai. Kami mahu kembali menjadi Ferrari untuk motosikal,” tegas Castiglioni.

Google ads
Back to top button