MV AGUSTA SUPERVELOCE 800 – KONSEP RETRO MODEN YANG MEMUKAU

SHARE

Jika ada sebuah motosikal yang boleh mengimbau sejarah kehebatan MV Agusta satu ketika dulu, inilah motosikalnya. Inilah refleksi kepada kejayaan mereka merangkul 37 kejuaraan dunia dengan pelumba-pelumba epik yang mencabar segala batasan yang ada. Ini dihasilkan dengan penuh emosi oleh jurutera-jurutera “Meccanica Verghera” Agusta ataupun biasa dikenali dengan nama MV Agusta. Nama pun dah hampir dengan nama web kami sebab kami pun ada darah Itali tahu.

Dihasilkan menggunakan platform F3 800, MV Agusta Superveloce telah didedahkan kepada umum buat kali pertama di pameran motor EICMA 2018 sebagai bayangan kepada model yanga akan dihasilkan pada pertengahan tahun 2019. Disebabkan ciri aesthetic dan teknikalnya yang serba unik ia bakal menjadi antara motosikal paling mahal dan terhad dalam sejarah syarikat.

Barisan model Superveloce 800 merupakan interpretasi moden kepada model-model ikonik mereka sebelum ini. Ia merupakan gabungan elemen moden dan vintaj. Tapi satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah rekaan Superveloce ini memang cukup menawan sesuai dengan slogan seni motosikal yang dilaungkan oleh syarikat ini. Tengok sahaja fairing yang berwarna perak dan merah, cermin pelindung berwarna kuning dan lampu utama depan dan belakang berbentuk bulat memang kelihatan retro habis. Cuma kali ini ia menggunakan lampu-lampu LED yang lebih moden.

Rekaan casis, enjin dan sistem brek memag dimabil terus daripada MV Agusta F3 800 tetapi dengan sedikit pengubahsuaian untuk meningkatkan prestasi Superveloce 800 baru ini. MV Agusta menyatakan yang enjin Superveloce ini telah ditala semula untuk peningkatan prestasi.

Sistem ekzos juga ditala semula berdasarkan elemen klasik 3 dalam 1 dalam 3. Dua paip ekzosnya berada di sebelah kanan dansatu lagio di sebelah kiri memang menyamai jentera perlumbaan MV Agusta satu ketika dahulu.

BACA: MV AGUSTA – APA SEBENARNYA MASALAH SYARIKAT NI?

Posisi menunggang juga sama seperti F3, jadi dengan kata lain ia juga cukup sporty. Ia dilengkapi dengan instrumentasi TFT dan mempunyai semua teknologi terbaru yangboleh didapati pada motosikal sport terkini. Ciri menarik lain ialah penutup tangki minyak yang cukup unik dan dihiasi dengan tali kulit yang kelihatan cukup retro seakan-akan mengikat tangki minyak dari depan sampai belakang.

Bahagian lain sama seperti F3 seperti ketinggian pelana, hendal dan perehat kaki. Ia direka agar memberi keselesaan semaksima mungkin kepada penunggang kerana semua sedia maklum sportbike ni memang kurang mesra sikit kepada orang yang berusia macam Pak Amid.

Spesifikasi penuh hanya akan didedahkan bila memasuki fasa pengeluaran menjelang pertengahan tahun 2019. Ada masa lebih kurang tujuh bulan lagi untuk kita semua mengumpul duit. Kalau tak kita kumpul angan-angan je lah.

GALERI:

Share this post

scroll to top