NYARIS TERJATUH DARI JAMBATAN, APA NASIB PENUNGGANG DAN MOTOSIKAL INI?

SHARE

Menunggang motosikal sememangnya satu aktiviti yang menyeronokkan. Terutama jika ia dilakukan bersama sekumpulan kawan karib dan melalui laluan yang mempunyai pemandangan indah. 

Mungkin atas sebab itu, aktiviti menunggang motosikal pada hujung minggu menjadi semakin popular. Tidak kira di mana pun lokasinya, penunggang tegar akan meluangkan masa untuk menunggang jentera kesayangan masing-masing.

Minat tu minat juga, setiap penunggang mestilah berhati-hati sepanjang masa kerana malang memang tidak berbau. Situasi itulah yang dialami oleh seorang penunggang motosikal ketika melalui satu laluan rel kereta api yang sudah lama ditinggalkan dan sudah rosak akibat banjir.

Klip video berdurasi 3 minit 35 saat yang dikongsi oleh The FLB Club di laman Youtube itu bermula dengan aksi gerak perlahan sebuah motosikal terjatuh di antara kepingan kayu laluan rel kereta api berkenaan.

Ia jelas menunjukkan roda belakang termasuk ke dalam lubang, seterusnya menyebabkan roda hadapan tersangkut. Mujur juga bagasi yang diikat pada bahagian belakang bertindak seperti ‘penampan’ dan mengelakkan penunggang dan motosikal daripada terjatuh ke bawah.

Walaupun berdepan saat getir, penunggang itu masih sempat meminta rakannya untuk merakam gambar dia memegang motosikalnya sekuat hati. Rakannya mengambil seutas tali dan mengikat roda hadapan pada rel.

Mereka kemudian terpaksa membuka hendal motosikal dan menurunkkannya perlahan-lahan. Selepas berhempas-pulas mereka berjaya menyelesaikan masalah itu dan meneruskan perjalanan.

Ini barulah bikers kental… Setakat pegi Morib mungkin takde lah cabaran macam ni.

Share this post

scroll to top