Motosikal

PENCARIAN BAKAT PELUMBA YAMAHA

Pemilihan pelumba bagi menyertai Yamaha 135 Super Series Petronas 2013 telah disempurnakan selepas Pusingan Ke-2 berlangsung di Litar Pemotoran Antarabangsa Melaka (MIMC) di Air Keroh, Melaka pada 26 Mac lalu. 

Daripada 25 pelumba yang disenarai pendek dalam Pusangan pertama, hanya 18 yang layak untuk ke peringkat kedua. Mereka semua berpeluang untuk menunjukkan bakat menunggang di atas litar dalam siri perlumbaan Yamaha pada Kejuaraan Cub Prix Petronas AAM Malaysia tahun ini.

Tahun ini,  Hong Leong  Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) menukar cara untuk mencari pelumba. Lazimnya, HLYM memperoleh pelumba berpotensi daripada Yamaha Racing Team. Namun, kali ini pelumba dicari daripada peminat cub prix yang telah mendaftar dengan promoter cub prix, SAM Sdn. Bhd.

yamaha lumba (2)

Para peserta akan diberi motosikal Yamaha 135LC  yang telah diubahsuai pada  pusingan pertama cub prix di Batu Kawan, Pulau Pinang  pada Sabtu ini (6 April 2013). Bagi tujuan menajamkan skil tunggangan, mereka boleh bertukar jentera pelumbaan  yang disediakan.

Mereka akan diberi tunjuk ajar, dilatih dan dibantu  oleh dua individu yang tidak asing lagi dalam sukan cub prix  iaitu Shahrun Nizam dan Zamri Baba.

Mengulas mengenai kos untuk menyertai program tersebut, Pengurus Sukan Bermotor dan Promosi HLYM, Melvin  Tan berkata, “Kos penyertaan adalah percuma. Sedangkan nilai sebenar boleh mencecah RM30,000 untuk setiap pelumba. HLYM memberikan biasiswa kepada 18 pelumba terpilih ini. Selepas tamat ‘pengajian’ mereka mungkin akan diserap ke dalam pasukan lumba Yamaha.”

Program ini sebenarnya seperti sekolah latihan menunggang yang melibatkan 18 penunggang, 12 sesi tunggangan serta sepuluh perlumbaan yang diadakan di seluruh negara.

yamaha lumba (1)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button