PENGGANTI KAWASAKI Z800, Z900 PREBIU BULAN DEPAN!

SHARE

Bagi peminat motosikal berkuasa tinggi tempatan, model supernaked Kawasaki Z800 sememangnya menjadi antara pilihan utama mereka.

Kombinasi gayaan luaran yang agresif, prestasi dan harga kompetitif membuatkannya cukup terkenal. Biarpun dalam kalangan mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan jentera berkuasa tinggi.

2017-kawasaki-z900-mekanika-5

Mahu meneruskan momentum tersebut, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) dilapor bakal memperkenalkan pengganti Z800 seawal bulan Januari 2017. Pengganti itu hadir sebagai model Z900 yang lebih berkuasa.

BACA: KAWASAKI THAILAND PERKENAL VERSYS X-300

BACA: KAWASAKI INDONESIA LANCAR VERSYS-X 250, RM20K

Z900 dijana oleh unit enjin 948cc empat silinder sebaris yang mampu mengekstrak kuasa 126hp iaitu lebih 12hp berbanding Z800. Enjin yang diambil daripada model Z1000 itu kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

2017-kawasaki-z900-mekanika-1

Dibina di atas kerangka trellis, ia membolehkan Z900 menjadi 21 kilogram lebih ringan berbanding Z800.

Mengetengahkan falsafah rekaan Sugomi, Z900 mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai apabila dipertontonkan pada acara EICMA 2016, November lalu.

2017-kawasaki-z900-mekanika-2

Menurut KMSB, kehadiran dilihat tidak akan menjejaskan jualan Z1000 kerana Z1000 merupakan unit CBU dari Jepun.

Pengenalan jentera yang didatangkan khas dari Jepun itu dijadual diadakan pada 23 Januari 2017. Kehadiran Z900 juga memberi ruang kepada Z800 untuk ditamatkan pengeluarannya secara beransur-ansur.

2017-kawasaki-z900-mekanika-4

Langkah itu sekali gus mengesahkan andaian bahawa Z900 bakal memasuki program pemasangan tempatan (CKD) KMSB. Harga? Z900 dijangka dijual pada harga sekitar RM60,000 seunit.

Amacam? Dah siap tukul nak pecahkan tabung ayam?

(Visited 89 times, 3 visits today)

Share this post

scroll to top