Motosikal

PENUNGGANG BASIKAL INI SELAMBA JE POTONG KONVOI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI, DI LALUAN BERBUKIT!

Apa perasaan anda kalau tengah syok menunggang motosikal berkuasa tinggi, tiba-tiba dipotong oleh penunggang basikal? Di laluan berbukit pula tu?

Mesti rasa tercabar dan pada masa yang sama kagum kan? Itulah yang dirasai oleh seorang lelaki yang berkonvoi bersama rakan-rakannya. Video yang dimuat naik oleh pengguna dengan nama eyesonly760 itu setakat ini sudah mendapat tontonan hampir 266,000 kali.

 

Trafik pada ketika itu dilihat sedikit perlahan kerana laluan sempit tersebut turut dikongsi oleh beberapa buah kereta dan trak.

BACA: PRODRIVE HASILKAN BASIKAL LIPAT PALING RINGAN DI DUNIA

Ia kemudian jelas menunjukkan seorang penunggang basikal yang lengkap seperti sedang bertanding dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi dengan selamba memotong semua motosikal yang ada.

Penunggang motosikal itu juga memberi amaran kepada rakan-rakannya yang lain supaya berhati-hati dan memberi laluan kepada penunggang basikal terbabit. Terutama ketika menuruni bukit pada kelajuan 80km/j.

Memang power betul brader yang naik basikal tu. Kalau abang Japar, mau dah cramp peha tu. Warga emas la katakan…

Google ads
Back to top button