PERSAINGAN DENGAN MARQUEZ AKAN JADIKAN PASUKAN REPSOL HONDA LEBIH POWER – LORENZO

SHARE

Pelumba baharu pasukan Repsol Honda, Jorge Lorenzo percaya persaingan dengan pelumba utama Marc Marquez akan memanfaatkan pasukan tersebut untuk saingan MotoGP 2019.

Lorenzo yang sudah menunggang uji jentera Honda RC213V di litar Valencia dan Jerez November lalu itu menyatakan beliau cukup bersedia untuk penampilan sulungnya tidak lama lagi.

Teruja untuk bergandingan bersama Marquez, Lorenzo dilapor telah menamatkan kontrak bersama Ducati pada akhir tahun 2018. Beliau dikatakan tidak sabar untuk belajar dengan rakan sepasukannya.

Perselisihan faham sering berlaku dalam pasukan. Malah, Lorenzo sendiri pernah mengalaminya ketika bersama pasukan Yamaha dan Ducati. Cuma, beliau berharap dinamik dalam pasukan Repsol Honda akan mencipta satu persekitaran yang lebih positif untuk semua.

BACA: JENTERA MOTOGP HONDA RASA LEBIH SELAMAT BERBANDING DUCATI – JORGE LORENZO  

“Semua pelumba ada kekuatan dan kelemahan sendiri, Marc juga begitu. Saya akan cuba untuk belajar daripada kelebihannya dan saya rasa dia akan buat perkara yang sama. Kami akan mencabar antara satu sama lain.

“Saya mahu mengalahkan dia, sudah dia pun mahu kalahkan saya. Dengan semangat ini, pasukan dapat berkembang dan membantu menambah baik aspek teknikal jentera,” jelas Lorenzo.

Repsol Honda dilapor sedang merancang untuk pelancaran pasukan musim 2019 pada penghujung bulan ini di Madrid, Lorenzo memberitahu beliau teruja untuk mamakai jaket rasmi pasukan terbabit.

Beliau juga yakin peminat mempunyai ekspektasi tinggi kerana jika pencapaian Lorenzo dan Marquez digabungkan, mereka sudahpun mengumpul 12 kejuaraan dunia.

Lorenzo dijadual memulakan aksi di litar bersama pasukan Repsol Honda dalam sesi ujian pra musim pertama di Litar Antarabangsa Sepang pada 1 hingga 3 Februari depan.

Ketika itu, beliau dikatakan sudah sihat sepenuhnya selepas mengalami kecederaan pada penghujung musim lalu.

Marquez pula awal-awal lagi mengesahkan beliau tidak akan 100% cergas kerana baru menjalani pembedahan bahu pada awal Disember 2018.

Share this post

scroll to top