PETRONAS SPRINTA WITH ULTRAFLEX™ LAKUKAN DEBUT DI PASARAN THAILAND

SHARE

Petronas Lubricants International (PLI) baru-baru ini melancarkan rangkaian minyak enjin motosikal terbaharunya untuk pengguna di Thailand.

Dikenali sebagai PETRONAS Sprinta with UltraFlex™, ia dilancarkan sempena acara Phuket Bike Week 2018.

Diformulasi untuk menghalang tekanan ke atas enjin dan memanjangkan jangka hayat motosikal, minyak enjin yang dilancarkan pada Mac tahun lalu itu dilihat mampu memenuhi keperluan pengguna di sana.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

 

Tekanan ke atas enjin berlaku akibat operasi mekanikal dan suhu yang tinggi di dalam enjin. Kondisi itu boleh menyebabkan enjin berbunyi bising dan tidak dapat memberikan prestasi sewajarnya.

PETRONAS Sprinta with UltraFlex™ diformulasikan denan filem minyak yang meningkatkan kestabilan minyak. Ujian yang dibuat menunjukkan minyak tersebut boleh memastikan enjin dapat bertahan dengan tekanan dan memberi maklum balas yang lebih baik.

Pelancaran minyak enjin itu juga membuktikan komitmen PLI terhadap pasaran Asia Pasific, terutama Thailand. PLI mensasarkan untuk menjadi antara 5 penyedia minyak enjin utama di dunia menjelang tahun 2019.

Share this post

scroll to top