Motosikal

PRODUKSI CBR 250RR SEMAKIN HAMPIR

Masih ingatkah anda tentang model konsep  ‘Light Weight Super Sports’ milik Honda yang didedahkan pada Tokyo Motor Show tahun lalu?

Honda-CBR250RR-At-Tokyo-Motor-Show-2015 (1)

Seperti yang dijangka, model baharu itu ialah CBR250RR. Ia dikhabarkan bakal memulakan pengeluarannya Ogos ini. Difahamkan model itu bukanlah pengganti kepada model CBR250R.

Jentera itu dikatakan akan menggunakan enjin berkembar selari berbanding silinder tunggal. Selain menampilkan komponen spesifikasi tertinggi, sesuai dengan pertambahan prestasi dari enjin dua silinder.

Menurut laporan VisorDown, seperti saingan terdekatnya, R3 Yamaha, versi Eropah mungkin mendapat rangsangan kapasiti. Ada yang mengatakan bahawa ia boleh menjadi sebesar 350cc.

Honda-CBR250RR-At-Tokyo-Motor-Show-2015 (4)

Bagaimanapun, pasaran besar tentulah Asia dengan model  250cc. Maka, peluang paling terdekat yang boleh dilihat buat masa ini ialah versi 250cc.

Mengikut andaian pihak VisorDown, pengeluaran jentera superbike berkenaan tidak akan dilakukan di Jepun. Kemungkinan kilang Honda di Thailand atau Indonesia. Ini bagi mengurangkan kos pengeluaran supaya produk itu dapat ditawarkan pada harga lebih mampu milik.

Gaya agresif dapat dilihat menerusi karakter pada lampu hadapan LED yang tajam. Tidak ketinggalan, struktur badan yang lebih solid dan seni bina seperti kapal terbang. Warna badan hitam matte melengkapkan imej garang model 250cc itu.

Tentunya kehadiran Honda CBR250RR dengan rekaan agresif bakal menarik perhatian peminat Asia dan menjadi model hangat di pasaran.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button