PUTUS CINTA, GADIS INI JUAL APA YANG DIMILIKI DAN KELILINGI DUNIA DENGAN CBR 600RR

SHARE

Adakah anda baharu sahaja dikecewakan oleh kekasih? Dia terlalu cerewet? Kuat cemburu? Suka memeriksa kandungan WeChat anda? Itu semua bukanlah satu masalah. Putuskan sahaja hubungan dan mulakan kembara mengelilingi dunia seperti yang dilakukan oleh wanita ini. Ingat, ia mungkin menjadi kenangan terindah anda sepanjang hidup.

Kenali Nikki Misurelli, juga dikenali di laman-laman media sosial sebagai Gadis Moto Alaska.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Nikki memulakan kembara beliau mengelilingi dunia selepas bekas teman lelaki beliau memberi amaran yang perjalanan jauh bermotosikal adalah terlalu merbahaya. Beliau sebelum ini merancang untuk bersama-sama dengan teman lelaki untuk membuat perjalanan ke Argentina dengan motosikal tetapi tetapi diberitahu yang perjalanan tersebut hanyalah untuk golongan lelaki.

Beliau terus mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan yang terjalin dan memulakan kembara solo dengan menggunakan motosikal. Ini betul punya sayangkan motor lebih daripada sayangkan boyfriend.

Nikki sebelum itu cukup suka menunggang motosikal. Sebaik mendapat lesen beliau telah membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi dan menggunakannya setiap hari tetapi beliau mempunyai impian untuk pergi lebih jauh.

Perjalanan pertama beliau ialah dari Alaska ke Panama di Amerika Tengah. Beliau telah mengambil masa selama enam bulan dan merentasi sembilan buah negara untuk sampai ke sana. Jarak keseluruhan perjalanan ialah hampir 20,000 kilometer.

Jika anda ingin tahu jenis motosikal yang digunakan beliau teruskan membaca. Tentu anda biasa mendengar tentang kembara bermotosikal bukan? Ramai penunggang yang memilih model-model sports tourer ataupun model-model adventure.

Nikki bagaimanapun cukup selamba kerana mengembara ke serata dunia dengan menggunakan model sport Honda CBR600RR. Namun untuk perjalanan ini beliau telah menukar sepasang set tayar asal kepada tayar dual sport yang lebih sesuai.

Selepas selesai fasa pertama pengembaraan, beliau telah membuat perjalanan ke Eropah dan kemudiannya Timur Tengah. Destinasi seterusnya ialah Afrika Selatan sebelum meneruskannya ke serata dunia.

Nikki menyatakan yang betapa beliau mempunyai beberapa cita-cita dan aspirasi dalam hidup. Keutamaan beliau semestinya ialah untuk mengelilingi dunia. Untuk itu beliau telah menjual kesemua harta benda beliau seperti rumah dan bekerja secara separuh masa untuk mendapatkan wang bagi mengelilingi dunia.

Ramai menyangkakan yang Niiki seorang yang kaya raya tetapi disangkal beliau dan menerangkan yang beliau bukan hanya kehilangan teman lelaki tetapi juga perkerjaan dan rumah bila membuat keputusan untuk memulakan kembara solo ini. Beliau juga telah mengeluarkan semua simpanan pencen untuk menambah belanja untuk keperluan sepanjang perjalanan.

Beliau bersyukur kerana mempunyai personaliti yang peramah dan suka mengembara. Ia banyak membantu beliau dalam menempuh perjalanan yang panjang di tempat-tempat asing.

#woohoopose #nikkimisurelli #alaskamotogirl

A post shared by Nikki Misurelli (@alaskamotogirl) on

Nikki cuma membawa sebuah khemah kecil, buaian kecil (hammock), beg tidur dan beberapa set pakaian sepanjang perjalanan dan diikat kemas ke Honda CBR beliau. Namun beliau juga mempunyai beberapa pengalaman pahit seperti bermalam di kawasan pergunungan yang sejuk dan juga di bawah jambatan tetapi itu cumalah dugaan kecil bagi pengembara bermotosikal.

Namun Nikki kekal positif kerana menurut beliau kemalangan boleh berlaku di mana sahaja di dunia ini tetapi sebenarnya jumlah manusia yang baik adalah lebih ramai berbanding yang tidak baik.

BACA: RM2000 DAN JELAJAH 6 NEGARA DENGAN SKUTER SYM!

Menariknya Nikki tidak merancang laluan yang hendak diikuti, beliau bergerak secara spontan mengikut gerak hati dan peluang yang ada. Adat perjalanan memang tidak ada yang sentiasa lancar tetapi ia menjadikan beliau lebih bersedia baik dari segi mental mahupun fizikal.

Nikki memberitahu beliau banyak belajar mengenali diri sendiri, orang lain dan juga budaya setempat. Nikki juga berharap untuk memberi ilham dan motivasi kepada orang lain untuk lebih menghargai kehidupan dan mengejar impian masing-masing.

Nah bagi yang selalu putus cinta (sebab muka tak hensem) dan duduk berkurung dalam bilik  dari pagi sampai malam tu apa kata korang hidupkan enjin motor Demak interchange korang dan pergi keliling dunia. Ini asyik dok update status frust dalam WeChat buat apa? Nak pancing awek baru ke?

SUMBER TELEGRAPH UK

BACA: LELAKI INI TUNGGANG HONDA CUB DARI KOREA KE JERMAN

BACA: KONVOI PEMUDA DI THAILAND BERTUKAR TRAGEDI

 

 

 

Share this post

scroll to top