Motosikal

REKAAN HIASAN TERBARU HELMET VALENTINO ROSSI DENGAN BERTEMAKAN KESENIAN MEXICO – ADAKAH INI AKAN MEMBUATKAN ‘THE DOCTOR” SEMAKIN LAJU?

Kalau dah namanya superstar, buat apapun boleh. Bagi pelumba MotoGP, helmet yang digunakan juga merupakan tanda pengenalan mereka selain motosikal yang digunakan. Bahkan helmet lebih bersifat peribadi dan lebih dekat dengan mereka (dah pakai pun di kepala kan?).

Menjelang sesi ujian MotoGP 2018 di litar Sepang, Valentino Rossi dan pasukan Movistar Yamaha kembali dan kali ini menggunakan helmet AGV dengan lakaran grafik terbaru lagi unik.

 

Dikatakan helmet terbaru Rossi ini diinspirasikan oleh kesenian tanah Mexico yang khususnya oleh bangsa “Huichol”. Mereka mempunyai kemahiran menghasilkan lukisan dengan menggunakan manik pelbagai warna yang disusun bagi membentuk karya seni yang unik.

 

Menurut Aldo Drudi, pereka helmet tersebut. Rekaan yang dihasilkan pada helmet AGV Pista GP R yang bakal digunakan oleh Rossi merupakan permintaan khas pelumba itu selepas pulang dari percutian di Mexico.

Sama seperti rekaan helmet pelumba F1 dan MotoGP lain, corak hiasan ini dilukis dengan tangan dan bukannya menggunakan tampalan stiker seperti hiasan helmet MS88 yang biasa korang pakai. Corak ini dilukis dengan tangan oleh artis terkenal, Davide Degli Innocenti.

BACA: 5 PILIHAN MOTOSIKAL YANG BAPLING HAMPIR DENGAN JENTERA MOTOGP YANG BOLEH ANDA MILIKI – ASAL ADA KEMAMPUAN

Rekaan yang dihasilkan dikatakan memiliki karektor Rossi sewaktu menunggang Yamaha M1 dengan kelajuan tinggi. Apa kaitannya dengan lukisan ini dan perlumbaan MotoGP? Adakah ia mempunyai kuasa mistik? Jangan nak percaya dengan benda bukan-bukan kerana seperti kami katakan tadi. Helmet merupakan tanda pengenalan seseorang pelumba apatah lagi bagi seorang lagenda seperti VR46. Mestilah lain dari yang lain.

Tapi satu perkara yang kami pasti ialah AGV memang akan buat duit dengan rekaan helmet baru ini. Maklumlah pengikut Rossi bukan seorang dua, dapat jual 100,000 unit limited edition dan berapa dapat? Tapi kalau dah 100,000 unit, boleh ke kita panggil limited edition?

Google ads
Back to top button