Motosikal

REPLIKA KTM MOTOGP AKAN DIJUAL PADA 2018, 240HP. HONDA RC213V-S APA KHABAR?

Bercakap dalam satu temuramah bersama majalah terbitan Jerman SPEEDWEEK, Pengerusi KTM, Stefan Pierer mendakwa syarikatnya sudah bersedia untuk memasarkan replica jentera MotoGP mereka ke pasaran.

BACA – KTM DUKE 250CC 2017

BACA – SI CILIK DARI AUSTRIA, KTM DUKE 125

ktm-rc16-motogp-3

Seperti yang diketahui, KTM akan kembali menyertai MotoGP tahun hadapan dengan jentara KTM RC16. Sebagai menandakan bangkitnya jenama Austria ini, Pierer memberitahu firmanya akan menghasilkan versi jualan replica RC16 tersebut.

Dikuasakan oleh enjin 4 selinder V4 1000cc, ia berupaya menghasilkan sekitar 240 kuasa kuda dan akan dibina sekurang-kurangnya 100 unit supaya harga jualannya munasabah.

Untuk rekod, replika MotoGP Honda dengan model RC213V-S dijual pada harga Euro 188,000 (RM890,000) dan sasaran KTM adalah menjualnya pada harga sekitar Euro 100,000 hingga Euro 120,000 (RM470,000 hingga RM570,000)

honda-rc213v
Jentera pilihan paling hampir dengan MotoGP yang boleh dibeli, Honda RC213V-S berharga hampir RM800,000

“Motosikal ini tak akan didaftarkan di jalanraya, hanya untuk kegunaan litar. Kami nak jadikannya paling hampir dengan unit MotoGP sebenar”, ujar Pierer

Wolfgang Felber telah dilantik sebagai Pengurus Projek khas ini dan sasaran KTM ialah menawarkannya ke pasaran seawal tahun 2018.

 

 

Google ads
Back to top button