Motosikal

REPSOL HONDA RACING REPLICA DIPERKENALKAN DI INDIA

Honda menamatkan musim MotoGP 2016 dengan penuh gaya apabila pelumbanya, Marc Marquez ditabal sebagai juara dunia untuk kali kelima.  Repsol Honda (HRC) turut membawa pulang gelaran juara pengeluar. 

Bagi meraikan kejayaan tersebut, Honda Motorcycle and Scooter India (HMSI) mengambil keputusan untuk memperkenalkan model edisi terhad Repsol Honda Racing Replica. Seperti yang diboleh dijangka, edisi baharu itu sama dengan CBR250R.

Jentera itu masih menggunakan enjin empat lejang bersesaran 249cc dengan sistem penyejukan cecair. Enjin silinder tunggal itu mampu menghasilkan kuasa mencecah 26.15bhp dan tork 22.9Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Honda CBR250R Repsol Racing Replica hadir dalam dua versi iaitu Marc Marquez 93 dan Dani Pedrosa 26. Motosikal tersebut diinspirasikan daripada jentera lumba RC213V bersama grafik MotoGP.

“Selepas melihat kejayaan pasukan Repsol Honda Team dalam 2016 MotoGP, kami mahu menawarkan pelanggan dan peminat peluang untuk memiliki motosikal Repsol Racing Replica,” kata Naib Presiden Kanan HMSi, Yadvinder Singh Guleria.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button