Motosikal

SAH! NAZA PREMIRA TIDAK LAGI JUAL APRILIA DI MALAYSIA – SIAPA AKAN AMBIL ALIH SELEPAS INI?

Naza Premira Sdn. Bhd. sebentar tadi mengumumkan bahawa ia akan memberhentikan operasi  pengedaran motosikal jenama Aprilia di Malaysia bermula 31 Julai 2018.

Menurut satu kenyataan ringkas yang dihantar kepada media, keputusan itu diambil selepas mendapat persetujuan bersama dengan pihak Aprilia.

“Langkah ini merupakan hasil daripada pelan rasionalisasi jenama dan strategi korporat yang dijalankan oleh Naza Group.

“Ia bagi memastikan aspek keuntungan dan kemapanan jenama empat dan dua roda dalam jangka masa panjang, selari dengan permintaan semasa pasaran,” jelasnya.

Biarpun begitu, Naza Premira akan terus memberi khidmat kepada pelanggan Aprilia dari segi selepas jualan, servis, alat gantu dan jaminan sehingga 30 September 2018.

Naza Premira juga menegaskan ia akan terus mewakili jenama Piaggio dan Vespa di Malaysia.

Maklumat lanjut, sila e-mel ke [email protected] atau hubungi Naza Premira di talian +603-7953 2877.

Google ads
Back to top button