Motosikal

SCOMADI 400 – LEBIH KUASA, TEPATI PIAWAIAN EURO 4, MULA JUAL 2018

Pengeluar skuter dari Britain, Scomadi dilapor memperkenalkan model terbaharunya yang dilengkapi enjin 400cc. Prototaip jentera itu sudahpun dipertontonkan kepada umum pada acara EICMA 2016 yang lalu.

Kekal dengan imej klasik Lambretta, Scomadi 400 bakal menggunakan enjin baharu. Ia hasil pemerolehannya ke atas peralatan dan acuan kotak engkol pendek enjin skuter automatik Moto Morini 400cc, termasuklah IP serta hak cipta reka bentuknya.

scomadi-400cc-new-engine-mekanika-3

Pemerolehan tersebut membolehkan Scomadi mampu membekalkan enjin sendiri untuk produk keluarannya. Enjin sedia ada juga akan dinilai dan dibangunkan dalam usaha beralih daripada karburator kepada sistem pancitan bahan api.

BACA: KENAPA VESPA SEBUAH SKUTER YANG ISTIMEWA?

Sistem itu bukan sahaja akan memberi lebih kuasa, malah membantu ia memenuhi piawaian Euro 4. Buat masa sekarang, Scomadi hanya menawarkan skuter dengan enjin lebih kecil seperti 50 dan 125cc.

scomadi-400cc-new-engine-mekanika-2

Scomadi kini berada dalam proses penghasilan menggunakan Computer Aided Design (CAD) sebelum ia beralih ke saluran pengeluaran di kilang.

Jangan teruja sangat lagi sebab ia hanya dipasarkan pada tahun 2018.

Google ads
Back to top button