Motosikal

SCRAMBLER DUCATI – BERMULA RM49,999!

Ducati Malaysia semalam melancarkan semua model motosikal gaya hidupnya, Scrambler Ducati di Bukit Tinggi.

Scrambler-Ducati-launch-2016-mekanika (2)

Jentera yang bergaya itu ditawarkan dalam dua pilihan enjin iaitu bersesaran 400cc dan 800cc. Model 400cc hadir dalam satu varian sahaja iaitu Sixty2. Sementara model 800cc didatangkan dalam varian Icon, Urban Enduro, Full Throttle dan Classic.

Scrambler Ducati sememangnya mempunyai sejarah yang panjang. Mula dikeluarkan pada tahun 1962 di pasaran Amerika Syarikat, sebelum diperkenalkan di Eropah.

Scrambler-Ducati-launch-2016-mekanika (11)

Pada tahun 1971, Ducati melancarkan tiga enjin baharu iaitu 50cc, 100cc dan 125 untuk Scrambler. Motosikal itu kemudian dilihat terus menjadi salah satu ikon penting buat Ducati. Malangnya, produksi Scrambler terganggu sekitar tahun 1976.

Apa yang pasti, Scrambler Ducati menggabungkann aspek tradisi dan modeniti. Gayanya yang ringkas bersama bar hendal lebar, tempat duduk sedikit rata digabungkan dengan enjin moden. Ia jelas menawarkan keseronokan tunggangan yang tiada batasan.

Scrambler-Ducati-launch-2016-mekanika (3)

Untuk model 400cc versi tahun 2016 beberapa perubahan telah dibuat. Antaranya ialah lengan ayun besi yang sebelum ini aluminium. Selain fork hadapan teleskopik biasa, ekzos yang berbeza dengan model 800cc, cermin sisi berbentuk bulat serta brek cakera lebih besar 320mm (330mmm utk 800cc).

Tangki minyak juga lebih besar iaitu 14 liter dan 13.5 liter untuk 800cc. Dari segi keselamatan, kedua-dua jentera tersebut dilengkapi sistem brek ABS sebagai ciri standard.

Scrambler-Ducati-launch-2016-mekanika (14)

Sebagai sebuah motosikal gaya hidup, sudah tentu Scrambler Ducati hadir dengan rangkaian pakaian dan aksesori yang dipanggil ‘Ingredients’.

Antara barangan yang ditawarkan ialah kemeja-T, jaket, topi keledar, sarung tangan, topi, beg sandang kalis air, jam tangan dan banyak lagi.

Scrambler-Ducati-launch-2016-mekanika (1)

Bagi mereka yang ingin tampil berbeza pula, pelbagai aksesori ada disediakan untuk anda pilih. Antaranya ialah ekzos, tempat duduk, jaring pada lampu utama dan sebagainya.

Ducati Malaysia tidak menetapkan sebarang sasaran jualan untuk Scrambler Ducati. Namun, setakat ini sebanyak 50 unit Scrambler Ducati 800cc telah berjaya dijual di pasaran tempatan.

GALERI 

Scrambler-Ducati-launch-2016-mekanika (4)Scrambler-Ducati-launch-2016-mekanika (5)Scrambler-Ducati-launch-2016-mekanika (6)Scrambler-Ducati-launch-2016-mekanika (8)Scrambler-Ducati-launch-2016-mekanika (10)Scrambler-Ducati-launch-2016-mekanika (12)

Google ads
Back to top button