SENYAP-SENYAP KAWASAKI HASILKAN SEMULA MODEL RETRO W800 2019 – HARGA CUMA RM40K

SHARE

Pada tahun 1965, Kawasaki memperkenalkan sebuah model yang menjadi salah sebuah motosikal terlaris pada ketika itu.

Namun, populariti itu tidak dapat bertahan lama apabila pesaingnya tampil dengan jentera masing-masing yang lebih menarik dan berkuasa.

Tidak sampai pun sepuluh tahun, Kawasaki memberhentikan model klasik W. Pengeluar motosikal berpengaruh dari Jepun itu mengambil masa selama lebih 30 untuk menghidupkan kembali nama W.

Maka lahirlah W650 pada tahun 1999. Disebabkan gagal mematuhi standard emisi, Kawasaki menggantikan model tersebut dengan W800. Sekali lagi, Kawasaki menghentikan sepenuhnya produksi W800 pada tahun 2016.

Biarpun begitu, Kawasaki nampaknya tidak mahu melupakan terus model W. Buktinya, ia mengejutkan semua orang apabila memperkenalkan W800 baharu pada acara EICMA 2018.

W800 kini menyertai model moden klasik Z900RS dan RS Café demi memenuhi permintaan pengguna yang mahukan jentera santai begitu. Jentera itu tampil berbeza dengan warna coklat, kowling bulat berwarna perak yang kontras dan ekzos berkembar.

Ia menggunakan kerangka baharu, manakala setiap komponennya dioptimumkan untuk memberi kualiti tunggangan lebih mantap. Café Racer itu masih mengekalkan enjin parallel twin bersesaran 773cc yang pernah digunakan pada generasi W terdahulu.

Kawasaki memasang W800 dengan talaan cukup retro menerusi tayar tiub, transmisi 5 kelajuan dan suspensi shock spring untuk roda belakang. Satu lagi perincian yang wajar dihargai ialah posisi overhead camshaft yang mengambil inspirasi rekaan motosikal zaman dahulu.

Walaupun enjin itu nampak seperti menggunakan karburator, enjin itu sebenarnya dilengkapi sistem pancitan terus bahan api. Satu lagi ciri moden ialah klac slipper bantuan

Bagaimanapun, W800 tidak dipasang dengan sistem brek ABS mahupun mode tunggangan. Malah speedometer dan takometer pun analog, cuma odometer sahaja yang digital

Bagi menjadikannya lebih versatil, Kawasaki menawarkan pelbagai aksesori untuk W800. Di pasaran Amerika Syarikat, W800 2019 ditawarkan pada harga cukup murah, hanya AS$9,799 (RM40,280) seunit.

Share this post

scroll to top