Motosikal

SHELL HASILKAN MINYAK MOTOSIKAL DARIPADA GAS ASLI

Sempena acara Shell Advance Malaysian Motorcycle Grand Prix, Shell  memperkenalkan  Teknologi Shell PurePlus yang bakal digunakan ke dalam minyak enjin motosikal premium Shell Advance Ultra tidak lama lagi. 

 SONY DSC

Teknologi itu menghasilkan minyak asas yang berkualiti tinggi daripada gas asli dan bukannya minyak mentah. Ia sekali gus mampu menawarkan minyak pelincir yang berprestasi tinggi. Kombinasi minyak asas dan teknologi bahan tambahan (aditif) termaju ini akan dapat menghasilkan minyak enjin motosikal premium Shell Advance Ultra dengan prestasi yang telah dipertingkatkan.

Teknologi Shell PurePlus merupakan proses gas-kepada-cecair yang revolusionari. Dibangunkan hasil penyelidikan selama 40 tahun, proses ini menukar gas asli menjadi minyak asas yang sangat jernih. Ia  boleh dikatakan tidak mempunyai sebarang bendasing seperti yang boleh ditemui di dalam minyak mentah.

WW94436

Minyak asas ini dihasilkan di kilang Pearl GTL di Qatar, satu kerjasama di antara Shell dan Qatar Petroleum serta menjadi sumber produk GTL terbesar di dunia pada hari ini. Minyak asas GTL mempunyai tahap kelikatan tinggi, selain prestasi geseran dan kemeruapan lebih baik berbanding kebanyakan minyak asas tradisional yang diperbuat daripada minyak mentah yang biasa digunakan.

Melalui integrasi rantaian nilai gas di Qatar dan Rantaian Bekalan Minyak Pelincir global Shell, Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus akan mula ditawarkan kepada pengguna motosikal di Malaysia pada Januari 2015.

ww94590

Shell juga telah menjalankan ujian persepsi di Malaysia yang menyaksikan para penunggang menggunakan pelbagai jenis motosikal dengan kapasiti enjin dan melalui bentuk jalan yang berbeza, seperti jalan utama dan laluan berbukit.

Ujian ini dibuat untuk mendapatkan maklum balas awal daripada para penunggang motosikal selepas menggunakan minyak enjin Shell Advance Ultra pada jentera masing-masing. 

SONY DSC

Dapatan paling signifikan di akhir ujian tersebut adalah, 77%  penunggang mendakwa merasai tunggangan yang lebih lancar dan berkuasa apabila menggunakan gabungan minyak enjin Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus dan minyak Shell V-Power 97.

Pemilik sebuah superbike buatan Itali berkuasa 800cc selama tiga tahun, Puon Swee Loong, 38, memberitahu motosikalnya rasa seperti baharu dan ia cukup ketara apabila pendikit dipulas sepenuhnya.

SONY DSC

“Kami bekerja keras untuk menawarkan teknologi ini ke dalam rangkian minyak enjin motosikal Shell Advance. Para pelanggan kami boleh mengharapkan prestasi yang lebih baik kerana teknologi minyak pelincir yang termaju telah diadun ke dalam produk premium ini,” kata Pengurus Teknologi Shell untuk Shell Advance, Leo Kin Mun.

Dengan pengenalan minyak motosikal terbaharu ini, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. (Shell Malaysia) berharap dapat meningkatkan penguasaan pasarannya sebanyak lebih dua peratus.

SONY DSC

“Populasi motosikal berkuasa tinggi di negara ini semakin meningkat. Melalui Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus, kami memiliki minyak pelincir yang pertama seumpamanya. Ia nyata melangkaui keperluan prestasi yang diperlukan oleh enjin-enjin motosikal berkapasti dan berprestasi tinggi,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Tuan Haji Azman Ismail.

Piala Bakat Shell Advance Asia musim 2015 bakal menyaksikan minyak Shell Advance Ultra baharu dengan Teknologi Shell PurePlus digunakan pada motosikal-motosikal lumba. Para penunggang kami akan menunggang motosikal yang menggunakan minyak enjin premium  ini.

SONY DSC

Minyak enjin Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus akan mula dijual di pasaran Malaysia mulai Januari 2015 dalam dua gred kelikatan iaitu 10W-40 dan 15W-50. Harganya akan diumumkan nanti.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button