SISI LIAR DUCATI MULTISTRADA 1200 ENDURO

SHARE

Bagi memamaparkan kemampuan luar biasa jentera enduro keluarannya, Ducati telah menghasilkan satu web series khas.

2016 Ducati Multistrada 1200 Enduro

Web series berkenaan menampilkan model Ducati Multistrada 1200 Enduro baharu. Mula disiarkan pada 23 Disember lalu, web series enam episod itu boleh ditonton di lama web www.ducati.com.

Bertajuk The wild side of Ducati, ia mengisahkan tentang sisi paling adventure motosikal yang dihasilkan di Bologna ini.

Ducati-Multistrada-1200-Enduro-web-series-mekanika (4)

Setiap episod hanya berdurasi tiga minit. Namun, ia memaparkan adegan penuh emosi dan imej-imej menarik yang menjelaskan keupayaan sebenar Multistrada 1200 Enduro.

The wild side of Ducati akan bersiaran setiap dua minggu. Setiap episod akan menunjukkan secara terperinci bagaimana jenetera enduro itu dapat mengharung laluan off-road yang begitu mencabar tanpa sebarang masalah.

Ducati-Multistrada-1200-Enduro-web-series-mekanika (5)

Penggambaran mengambil tempat di wilayah selatan Itali, selain di Tuscany, Sardinia dan Sepanyol. Jangan lupa tonton video yang disediakan!

Share this post

scroll to top