Motosikal

SKUTER CMC ITALJET 125 – RM6,996 SEUNIT

Chear Global Sdn. Bhd. (Chear Global) hari ini melancarkan produk baharunya, CMC Italjet 125.

CMC-Italjet-125-mekanika (2)

Skuter itu menambah rangkaian model sedia ada yang ditawarkan oleh Chear Global seperti XY400 Classic, model off-road CMC Tekken 250, SK200 Street dan Chopper Regal Raptor.

Jentera yang hadir dalam dua warna iaitu merah dan putih ditawarkan pada harga RM6,996 seunit. Ia boleh didapati di 90 pengedar Chear Global tidak lama lagi.

CMC-Italjet-125-mekanika (12)

Sekali pandang, CMC Italjet 125 tampil dengan rekaan yang menarik, moden dan sangat Italian. Harus tahu bahawa ia direka oleh pereka terkenal Itali, Alessandro Tartarini.

Bahagian hadapan dan belakangnya diserlahkan menerusi penggunaan lampu LED.

CMC-Italjet-125-mekanika (7)

CMC Italjet 125 dikuasakan oleh enjin empat lejang satu silinder bersesaran 125cc. Enjin ini berupaya menghasilkan kuasa mencecah 6.6kW @ 8,000rpm dan tork maksimum 8.6Nm @ 6,000rpm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear CVT automatik.

Kualiti tunggangan diserahkan kepada suspensi jenis fork teleskopik di hadapan dan monoshock hidraulik untuk roda belakang. Kedua-dua rodanya menerima brek cakera bersaiz 190mm (hadapan) dan 205mm di belakang.

CMC-Italjet-125-mekanika (10)

Bagi meningkatkan aspek praktikalitinya, ruang penyimpanan di bawah tempat duduk boleh menempatkan sebuah topi keledar full face tanpa sebarang masalah.

Chear Global mensasarkan untuk menjual sebanyak 2,000 unit CMC Italjet 125 dalam tempoh 12 bulan.

CMC-Italjet-125-mekanika (8)

“Sasaran ini sebenarnya sangat konservatif. Kami yakin dapat menjual CMC Italjet 125 dalam jumlah yang lebih banyak daripada itu,” kata Ketua Pegawai Operasi Chear Global, Leong King Choon dengan optimis.

Secara peribadi, tidak dapat dinafikan bahawa skuter ini memang cantik. Kalau nak tahu tentang prestasi, kualiti pengendalian dan sebagainya, kena lah tunggang uji dulu. Lepas tu baru boleh sembang. Ye dak??

GALERI

CMC-Italjet-125-mekanika (1)CMC-Italjet-125-mekanika (4)CMC-Italjet-125-mekanika (6)CMC-Italjet-125-mekanika (9)CMC-Italjet-125-mekanika (11)

Google ads
Back to top button