SKUTER HONDA SPACY

SHARE

Boon Siew Honda Sdn Bhd mencetuskan trend dari aspek tunggangan yang menyeronokkan dan mudah menerusi pengenalan model Spacy dan PCX150 serba baharu.

Kedua-dua model global bertransmisi automatik ini telah memberi impak yang signifikan  di pasaran Eropah, Amerika dan Asia. Kini, ia sudah boleh didapati di Malaysia bersama aspek keselamatan termaju, dimensi yang ditambah baik dan gayaan selesa.

Menjadikan aspek seperti mudah ditunggang, selamat dan jimat bahan api sebagai ciri utama, Spacy dan PCX150 juga padat dengan teknologi serta inovasi termaju. Kedua-dua model itu direka agar dan mudah dikendalikan, sekali gus menjadikan tunggangan semakin menyeronokkan.

Pic 7 (1)

“Di Boon Siew Honda, kami percaya bahawa pasti ada sebuah motosikal untuk semua orang, bagi setiap acara dan apa jua jenis gaya hidup. Dalam perniagaan yang melibatkan semua jenis motosikal, pasti ada ruang untuk model-model bertransmisi automatik yang mudah ditunggang dan diselenggara.

“Hari ini, kami membawakan rangkaian produk sebegini ke satu tahap baru melalui model Spacy dan PCX150, dua model bertransmisi automatik dengan ciri-ciri baru yang menarik,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada.

Honda Spacy 

Spacy direka untuk keseronokan bersama aspek kefungsian dan kapasiti penyimpanan barang yang luas.  Ia luas dari semua segi. Bermula daripada kebuk utiliti (Kebuk-U) bersaiz XL dengan kapasiti 18 liter yang mampu memuatkan sebuah topi keledar muka penuh (full-face helmet) hinggalah tangki minyak berkapasiti 5.2 liter yang tidak memerlukan penunggang kerap mengisi minyak.

mekanika - spacy (10)

Dengan ruang menjadi tema utamanya, panel kaki juga dibina agar lebih luas. Selain tempat duduk lebih lebar dan kotak hadapan yang boleh memuatkan botol bersaiz 500ml dan barangan kecil lain.

Spacy mempunyai gaya dan kegunaan secara sepenuhnya. Ciri-ciri mengagumkan itu dihasilkan untuk memberikan kualiti tunggangan yang lebih menyeronokkan buat penunggang dan pembonceng!

Aspek keselamatan dan kestabilan juga diutamakan pada Spacy baru menerusi fungsi tuas pengunci brek dan tayar tanpa tiub. Fungsi tuas pengunci brek boleh diaktifkan dengan mudah melalui satu klik yang senyap, sekali gus memberi kelegaan kepada penunggang untuk mengelakkan mereka daripada memulas pendikit minyak ketika sedang melahu secara tidak sengaja.

Membrek dengan brek cakera hadapan pula menawarkan kawalan terbaik, walaupun di atas jalan yang licin. Tayar tanpa tiub merupakan alternatif lebih baik berbanding tayar konvensional. Tayar Tanpa Tiub Spacy yang tahan lasak memastikan angin tidak keluar biarpun ketika ia pancit.

mekanika - spacy (5)

Menambah aspek keselamatannya, Spacy memiliki ciri Suis Tongkat Sisi (Side Stand Switch) yang mematikan enjin secara automatik apabila tongkat sisi diturunkan, satu rekaan yang menambah ciri-ciri keselamatan.

Kejelasan pandangan untuk penunggang dan pengguna jalan raya yang lain sememangnya kritikal. Justeru, Spacy hadir bersama lampu hadapan besar yang pantas menyuluh ke arah selekoh.

Bahagian belakang pula mempunyai rekaan yang elegan dengan lampu isyarat membelok yang besar. Sementara lampu kabus memberikan penglihatan lebih jelas pada waktu malam. Ini meningkatkan keselamatan apabila menunggang pada malam hari, hujan atau keadaan berkabus.

Lampu belakang juga mempunyai rekaan yang mempesona dengan lampu isyarat membelok dipisahkan bagi memudahkan ia dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.

mekanika - spacy (2)

Honda Spacy menggunakan sistem penyejukan udara, enjin OHC silinder tunggal bersesaran 110cc empat lejang yang dikuasakan oleh Teknologi Honda V-Matic. Enjin itu cukup ekonomikal dengan catatan 41.5km untuk setiap liter petrol. Enjin itu juga  menepati standard emisi Euro II, berdasarkan ujian Mod ECE40.

Penutup kuncinya bercahaya ketika gelap dan dilengkapi sistem kunci bermagnet yang mudah digunakan bagi mengurangkan risiko kecurian.

Spacy didatangkan dalam warna hitam, merah, putih dan oren. Skuter ini ditawarkan pada harga RM4,999 seunit (di atas jalan) bersama insurans penunggang tunggal yang komprehensif, jaminan selama selama 2 tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (yang mana tiba dahulu).

Galeri

mekanika - spacy (1)mekanika - spacy (3)mekanika - spacy (4)mekanika - spacy (6)mekanika - spacy (7)mekanika - spacy (8)mekanika - spacy (9)

 

 

 

(Visited 1,397 times, 19 visits today)

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top