Motosikal

SKUTER HONDA X-ADV BAKAL DIPRODUKSI?

Honda dijangka memproduksikan skuter berkuasa tinggi City Adventure tidak lama lagi. 

Honda-City-Adventure-Concept-mekanika (2)

Ia berikutan jentera yang hampir sama dengan model konsep di EICMA 2015 itu dilihat giat diuji di Rom, Itali. Harus tahu bahawa Rom ialah lokasi pusat reka bentuk motosikal Honda untuk pasaran Eropah.

Menyentuh tentang namanya, beberapa bahagian pada jentera ini tertulis perkataan ADV. Bagaimanapun, memandangkan nama ADV itu terlalu generik untuk Adventure, maka Honda akhirnya menamakan model baharunya sebagai X-ADV.

Honda-City-Adventure-Concept-mekanika (3)

Skuter yang ranggi itu berkongsi casis model Integra dan siri NC. Ia dijana oleh enjin parallel-Twin bersesaran 745cc dan transmisi klac berkembar.

Padan dengan namanya, jentera ini memiliki penampilan yang lasak. Ia dipasang dengan rim lidi, supensi jenis upside down yang mantap,lengan ayun aluminium dan ekzosnya diselit pada bahagian bawah tempat duduk.

City Adventure Concept

Tidak ketinggalan cermin penghalang angin, pelindung tangan dan rekaan bahagian belakang yang nipis. Pengguna boleh melihat X-ADV versi produksi pada acara EICMA 2016 sebagai model tahun 2017.

Honda-City-Adventure-Concept-mekanika (5)

Jika dilihat kepada strategi perancangan produk Honda untuk model Integra dan siri NC, besar kemungkinan skuter ini khas untuk pasaran Eropah sahaja.

Google ads
Back to top button