SKUTER UNTUK GOLONGAN BANGSAWAN – VESPA 946 RED, RM66,000 SEUNIT

SHARE

Naza Premira baru-baru ini memperkenalkan model Vespa 946 (RED) edisi terhad ke paasaran Malaysia.

Versi merah sepenuhnya yang dibina dengan inspirasi model klasik Vespa 946 itu boleh anda miliki pada harga RM66,000 seunit. Skuter yang cukup eksklusif itu menyerlahkan sisi estetik sebuah Vespa tanpa berkompromi dari segi teknologi.

Terus berpegang kepada tradisi Vespa, 946 (RED) tampil dengan kerangka badan besi bersama komponen aluminium yang menarik. Ini termasuklah madgad dan penutup sisi yang menempatkan enjin, transmisi serta komponen mekanikal. 

Skuter itu turut dilengkapi sistem brek ABS dua saluran dengan cakera berkembar dan sistem kawalan cengkaman Anti-Slip Regulation (ASR) yang dihasilkan sendiri oleh Piaggo Group. ASR berfungsi memastikan motosikal sentiasa memiliki cengkaman sewajarnya.

Vespa 946 (RED) ultra moden itu digerakkan oleh enjin empat lejang selinder tunggal bersesaran 155cc yang mampu menawarkan kelajuan maksimum 93km/j.

Mempunyai berat sekitar 147kg, ia menggunakan sistem suspensi penyerap hentak hidraulik dua aksi dengan single arm link di hadapan dan jenis monoshock bersama bebanan boleh laras di belakang.

Dengan kapasiti tangki pula 8.5 liter, Vespa 946 (RED) menawarkan penggunaan minyak sekitar 2.0L/100km. Jimat juga ni…

GALERI

Share this post

scroll to top