Motosikal

SPESIFIKASI 2017 YAMAHA Y15ZR (MX KING) DARI INDONESIA

Setakat bulan lepas, Yamaha MX King (Y15ZR) masih merupakan “bebek” 150 (kapcai) dengan jualan tertinggi melebihi pesaingnya Honda Supra GTR 150 (RS150R) di Indonesia. Namun GTR sudah semakin mengekori rapat angka jualan tersebut dan untuk pengetahuan anda Indonesia merupakan pasaran terbesar Honda motor.

Yamaha MX King merupakan segmen baru di Indonesia. Ketika diperkenalkan, ia adalah saingan kepada Suzuki Satria Fi (Suzuki Belang suntikan bahanapi). Tidak seperti di Malaysia, Suzuki Satria tadi agak bagus juga jualannya.

MX King 150 , Satria Fi dan Supra GTR 150 merupakan motosikal kelas menengah di sana. Sebab di negara yang jalan sesaknya lebih lama daripada jalan lengang, penunggang motor lebih suka pilih transmisi automatik. Sebab tu skuter Honda Vario tu kekal nombor 1.

Walaupun tak selaris skuter, Yamaha Motor Indonesia tetap memperbaharui MX King mereka. Tapi maaf, tiada gear 6 dan kepala selinder DOHC seperti yang diharapkan ramai orang. Yang ada cuma 4 skema warna baru.

  1. Drift Black

Yamaha-MX-KING-Drift-Black-

  1. Racing Blue

Yamaha-MX-KING-Racing-Blue

  1. Red King

Yamaha-MX-KING-Red-King

  1. Speedy Silver

Yamaha-MX-KING-Speedy-Silver-

Google ads
Back to top button