SPYSHOT YAMAHA YZF-R15-DINAIKTARAF DENGAN FORK USD, JADI BAGAIMANA R25?

SHARE

Bertebaran di laman web serta blog permotoran Indonesia sejak minggu lalu foto risikan Yamaha R15 sedang diuji di jalanraya. Penampakan jelas ialah tingkattaraf suspensi hadapan jenis USD teleskopik yang menandakan perubahan kritikal model penting Yamaha ini di pasaran Indonesia.

Yamaha dijangka akan memperbaharui dan melancarkan R15 ini ke pasaran Indonesia selewat-lewatnya pada pertengahan 2017. Berbeza di pasaran Malaysia yang cuma ada FZ150i, di Indonesia, pembeli kokosgallery diberi tiga pilihan model iaitu Xabre, V-Ixion dan R15.

yamaha-r15-2017-1

BACA-GAMBARAN YAMAHA R25 2017

BACA-ROSSI LANCAR MT15 DI INDONESIA

Pembaharuan R15 ini agak drastik di mana kelihatan DNA siri R baru bagi varian terkecil sportbike ini. Sejak R6 diperkenalkan beberapa bulan lalu, Yamaha sudah mula mengusung rekabentuk tersebut pada varian yang lain.

“ekor” belakang R15 ini lebih tirus dan kit fairing hadapan nampaknya lebih “sepet” menyorokkan lampu halogen (atau LED mungkin?).

r25-2017

Apapun, kami percaya peminat Yamaha juga mengharap agar model abang besarnya YZF-R25 akan diperbaharui sepenuhnya pada tahun hadapan. Yamaha sebenarnya tiada pilihanvideotube kerana Honda CBR 250RR sudah terlalu jauh teknologinya berbanding R25.

Yamaha perlu menaiktaraf R25 segera, ini berikutan Kawasaki juga sedang giat membangunkan model 250RR terbarunya untuk pasaran global. Kalau lambat, boleh tertinggal bas nanti.

yamaha-r15-2017-3

sumber

mesinbalap.com

 

 

 

 

 

Mesinbalap.com

(Visited 227 times, 14 visits today)

Share this post

scroll to top