Motosikal

STREET BIKE NAZA N5

Buat mereka yang ingin menaik taraf kapcai kepada motosikal berkuasa 250cc, ada berita baik untuk anda. 

NAZA N5_0002

Naza Bikes Sdn. Bhd. (Naza Bikes) pagi tadi telah melancarkan model terbaharunya, NAZA N5 di NAZA Automall, Petaling Jaya. NAZA N5 dikatakan telah direka untuk memenuhi permintaan terhadap motosikal berkuasa 250cc yang lebih dinamik.

NAZA N5 dikuasakan oleh unit enjin DOHC empat injap silinder tunggal dengan sistem penyejukan cecair. Jentera street bike ini dibina di atas kerangka trellis yang tegar. Reka bentuknya memberi penekanan terhadap aspek keseimbangan, sekali gus membuatkannya mudah dikawal dan dikendalikan.

NAZA N5_0003

NAZA Bikes menyatakan NAZA N5 disasarkan kepada kumpulan pelanggan berusia di antara 18 hingga 45 tahun. Ia mensasarkan jualan sebanyak 300 unit sebulan atau kira-kira 3,600 unit setahun.

Lebih menarik lagi, motosikal tersebut ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan iaitu RM13,988 (di atas jalan) untuk 500 orang pelanggan pertama. Harus tahu bahawa NAZA N5 ialah model yang ditambah baik daripada jentera Hyosung GT250 yang dihasilkan oleh pembuat motosikal dari Korea, Hyosung.

NAZA N5_0032

Kolaborasi NAZA Bikes dengan Hyosung bermula sejak tahun 1999 apabila ia mengimport model 125cc cruiser dalam bentuk CBU ke pasaran tempatan. Pada tahun 2006, NAZA Bikes menjadi syarikat pertama di Malaysia yang memasang motosikal jenis naked, sports serta cruiser bersesaran 650cc dan 250cc.

“Pada tahun 2013, Naza Blade 650 menjadi motosikal No. 1 dalam kelasnya. Sepanjang 15 tahun kerjasama kami dengan KR Motors, NAZA Bikes telah berjaya memperkenalkan enam model mosikal 250cc dan 650cc,” kata Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk  Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

NAZA N5_0005

NAZA Bikes telah membuka sebuah kilang pengeluaran berkeluasan 24,000 kaki persegi di Shah Alam. Pada tahun 2003. Ia memiliki kapasiti produksi sebanyak 50,000 unit motosikal setiap tahun. Sementara saluran untuk produksi motosikal berkuasa tinggi pula mampu menghasilkan 4,000 unit setahun.

Motosikal yang dikeluarkan oleh NAZA Bikes adalah hasil kolaborasi dengan rakan-rakannya dari Korea, Taiwan dan China.

NAZA N5_0006

Menyentuh mengenai program eksport, syarikat itu memulakannya pada tahun 2009 dengan Iran menjadi negara pertama yang menerima motosikal NAZA, sebelum diikuti oleh Brunei.

NAZA N5_0004

Baru-baru ini, NAZA Bikes memasuki pasaran Kembaja, menjadikannya sebagai langkah pertama ke pasaran IndoChina. Pasaran eksport seterusnya ialah Vietnam dan Indonesia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button