Motosikal

SUZUKI GSX-R600 TIBA 2019 – SUMBER SUZUKI

Khabar angin baru-baru ini mendedahkan bahawa pengeluar motosikal berpengaruh dari Jepun, Suzuki kini sedang merancang untuk membangunkan jentera sportbike bersesaran 600cc.

Suzuki GSX-R600 sememangnya perlu untuk Suzuki bersaing dengan model seperti Yamaha R6. Menurut laporan laman web asphaltandrubber, jentera serba baharu tersebut mungkin akan berada di pasaran pada tahun 2019.

Jika benar, pasukan jurutera dan reka bentuk Suzuki di Hamamatsu mungkin tengah sibuk cari formula terbaik untuk kembali ke pasaran supersport yang kompetitif itu.

Memandangkan ini hanya khabar angin, maka tiada maklumat lanjut mengenainya. Namun, kita boleh jangkakan Suzuki GSX-R600 hadir dengan semua teknoloi terkini seperti kawalan cengkaman (traction control), ride-by-wire, brek ABS, wheelie control dan reka bentuk yang mengancam.

Apa pun, lama lagi nak tunggu. Itu pun kalau Suzuki jadi nak buat. Sementara itu, layan R6 sahaja lah.

p/s: itu gambar Suzuki GSX-R600 tahun 1993

BACA: SUZUKI GSX-R150 – MOTOSIKAL YANG MUNGKIN TIDAK AKAN SAMPAI KE MALAYSIA

BACA: DARI PEDANG TAJAM JADI SENJATA TERULUNG – SUZUKI KATANA

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button