SUZUKI GSX1000SD KATANA SUDAH SEDIA UNTUK BERLUMBA!

SHARE

Sebagaimana yang telah dilaporkan sebelum ini, pasukan Team Classic Suzuki sibuk membangunkan jentera Suzuki GSX1000SD Katana untuk perlumbaan Endurance Legends 4-Hour Race di Donington Park, London pada 6 dan 7 Mei depan.

Disokong sepenuhnya oleh Suzuki, jentera iyang telah sempurna itu tampil dengan livery badan dan warna biru yang klasik. Motosikal #7 itu akan ditunggang oleh tiga orang pelumba berpengalaman iaitu James Whitham, Steve Parrish dan Michael Neeves.

“Saya tidak sabar untuk kembali menunggang jentera empat lejang ini. Saya sendiri melakukan restorasi motosikal, tetapi reka bentuk Suzuki GSX1000SD Katana cukup ikonik.

“Sekali pandang, anda sudah tahu bahawa ia sebuah Katana. Ini seperti satu karya seni yang mengujakan,” kata James Whitham.

Dibina pada tahun lalu pada acara Motorcycle Live dan disokong oleh program Vintage Parts Suzuki, Katana ini menggunakan kerangka asal. Ubah suai bagaimanapun dibuat pada bahagian hadapan dan pivot lengan ayun direndahkan.

Suspensinya daripada K-Tech dan rim pula jenama Dymag. Enjin juga menerima penambahbaikan yang ketara. Antaranya ialah lift cams lebih tinggi dan injap besi tahan karat. Sementara conrod, bearing dan engkolnya sudah ditukar baru.

Katana dilihat semakin popular dalam kalangan pengumpul motosikal vintaj di Malaysia. Harganya juga bertambah mahal, boleh mencecah sekitar RM35,000 hingga RM35,000 seunit, bergantung kepada kondisi.

BACA: SUZUKI GSX-R600 TIBA 2019 – SUMBER SUZUKI

BACA: SUZUKI GSX-R150 – MOTOSIKAL YANG MUNGKIN TIDAK AKAN SAMPAI KE MALAYSIA

GALERI

(Visited 253 times, 5 visits today)

Share this post

scroll to top