SUZUKI LANCAR CRUISER INTRUDER 150 FI DI INDIA – RM6,100 SAHAJA

SHARE

Suzuki Motorcycle India Private Limited (SMIPL) baru-baru ini memperkenalkan model cruiser Intruder FI di pasaran India.

Versi pancitan bahan api itu telah pun dipamerkan di acara Auto Expo 2018. Ia akan ditawarkan pada harga RM6,100 seunit. Manakala varian karburator pula murah sedikit iaitu RM6,000 sebuah.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Menurut Suzuki, sistem pancitan bahan api baharu itu mempunyai enam alat pengesan yang mengukur jumlah bahan api optimum yang diperlukan untuk pembakaran lebih sempurna. Ini bukan sahaja meningkatkan penjimatan, malah menawarkan maklum balas pendikit yang lebih baik.

Intruder 150 FI dikuasakan oleh enjin silinder tungga bersesaran 155cc dengan kuasa 14.6hp dan tork 14Nm. Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear lima kelajuan. Motosikal itu dipasang dengan suspensi teleskopik 42mm di hadapan dan monoshock boleh laras di belakang.

Ia menggunakan rim bersaiz 17 inci bersama brek cakera pada kedua-dua roda dengan sistem brek ABS satu saluran sebagai ciri standard.

Jentera itu didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu kelabu/hitam metalik dan perak metalik. Jika diteliti, Intruder 150 FI tidak mempunyai pesaing secara langsung kecuali Bajaj Avenger 220.

Ia dibina di atas platform Gixxer dan menjadi model cruiser mampu milik yang pertama daripada Suzuki. Intruder150 FI juga menggunakan konsol instrumen digital yang sama pada Gixxer. Reka bentuknya bagaimanapun menerima respons yang bercampur-campur dari pengguna di sana.

“Sejak dilancarkan, Intruder telah menerima maklum balas memberangsangkan dengan 15,000 unit berjaya dijual. Sekali gus melebihi sasaran kami sebanyak 25 peratus,” kata Naib Presiden Ekskutif Jualan dan Pemasaran SMIPL, Sajeev Rajasekharan.

Share this post

scroll to top