SUZUKI SV650 VERSI SCRAMBLER DIPERKENALKAN DI PERANCIS

SHARE

Suzuki mungkin tidak dapat melihat kejayaan besar SV650 (Gladius) sebagaimana model naked sukses seperti Yamaha MT-07. Namun jurutera mereka tetap kreatif untuk mempelbagaikan produk bagi pasaran khusus.

Baru-baru ini, SV650 telah diperkenalkan  kepada media di Perancis dengan versi yang dikenali sebagai Scrambler.

BACA-SUZUKI GSX250 DILANCARKAN DI CHINA

BACA-SUZUKI VL250, MINI V-STORM

Walaupun namanya scrambler, ia tidaklah lengkap sepenuhnya sebagai scrambler. Tiada fork panjang, tayar off-road atau ekzos denagn kedudukan tinggi. Semuanya masih kekal sebagaimana versi SV650 naked tetapi telah melalui beberapa pengubahsuaian kosmetik.

Paling katara, “muka” hadapannya kini dihias dengan sebuah penghadang angin kecil di bahagian atas lampu utama. Scrambler ini juga digarapkan dengan hiasan aluminium seperti penghadang radiator, penghadang rantai dan sebuah mudguard kecil pada roda hadapan.

suzuki-sv650-scrambler-france-3

Bar hendal ditinggikan sedikit sementara pelananya direka semula dengan menggunakan kemasan kulit coklat untuk kembalikan nostalgia retro. Sekali pandang memang cantik.

Dua kali pandang, kita tahu yang Suzuki cuba untuk “mencuri” pasaran Ducati Scrambler. Kat sini tak laku sangat tapi di Eropah, Ducati Scrambler salah satu model yang berjaya.

Model ini dijual pada harga Euro 7999 (RM37500) lebih mahal Euro 1400 berbanding model SV650 biasa. Ia dikuasakan enjin sama, V-Twin 645cc yang menghasilkan 76ps pada 8500rpm dan 64Nm tork. Ia juga datang standard dengan sistem ABS.

 

 

GALERI

 

 

 

Share this post

scroll to top