Artikel PilihanMotosikal

TEKNOLOGI MENGURANGKAN  BERAT MOTOSIKAL, RIDER GEMUK PUN MASALAH JUGA  

 

Dalam kejuruteraan automotif, baik untuk kereta mahupun motosikal, hatta lori sekalipun. Faktor berat adalah sangat penting. Berat mempengaruhi prestasi sesebuah motosikal. Berat juga menentukan daya kawalan dan penggunaan bahan api sesebuah kenderaan. Apatah lagi bagi sebuah motosikal yang sememangnya dicipta untuk penjimatan.

Takkanlah nak pergi ke pejabat seorang diri dengan memandu MPV bersaiz penuh. Antara jalan paling mudah semestinya motosikal. Jika mampu, pengguna motosikal akan memilih superbike dan jika kurang berkemampuan macam saya sendiri, Modenas Kriss 1 pun dah memadai. Kira vintaj juga kan?

honda-CB500X-CB750X-mekanika (4)

Kalau anda kurang percaya tengoklah pada motosikal yang digunakan untuk perlumbaan drag. Sesetengahnya cuma ada kerangka, enjin, eksos dan bar hendal. Tangki minyak? Tak payah besar sangat, cukuplah 5 camca besar petrol. Spesifikasi kereta kawalan jauh Nikko pun rasanya lagi hebat. Kenapa semua komponen dibuang? Semestinya untuk kelajuan dan pecutan yang maksima.

Antara teknologi awal motosikal ialah penggunaan cesi monocoque yang diperbuat daripada aluminium. Malah ia disertakan sekali dengan tangki minyak. Namun ia tidak begitu lasak kerana dihasilkan dengan menggunakan kepingan aluminium.

TUNGGANG UJI MODENAS CT115!

Setiap benda mesti ada hadnya. Tapi satu perkara yang pasti, kurangnya berat semestinya mempengaruhi setiap aspek pengendalian motosikal, dari segi pecutan, kuasa brek, sistem kawalan dan semestinya keyakinan penunggang dengan kemampuan motosikal itu sendiri.

Seterusnya penggunaan kerangka motosikal semakin berkembang bermula dengan penggunaan logam biasa sebelum digantikan kembali oleh kerangka aluminium. Biasanya kerangka aluminium ini lebih kepada model-model superbike.

Sudah tentu model seeprti Demak jadi-jadian LC tidak boleh guna  casis aluminium disebabkan faktor kos. Siapa nak beli Demak pada harga RM30,000 kan? Kerangka ini sedikit lebih ringan daripada versi besi biasa namun ditimbal balik dengan pengurangan berat enjin yang menggunakan komponen-komponen yang juga diperbuat daripada aluminium.

proton kr3 kr5 (2)

Seterusnya teknologi ini berkembang lagi dengan penggunaan  gandar yang berlubang di tengah, nat-nat aluminium, serta saiz-saiz skru yang dikecilkan dari 10mm ke 8mm. Contohnya, ialah motor lumba yang dihasilkan Kenny Roberts untuk pasukan Proton KR3, ringan dan laju.Tapi setiap benda bila dikurangkan saiznya akan mempengaruhi faktor ketahanan.

Suzuki telah ditimpa masalah bila model-model keluaran mereka dari tahun 2005 hingga 2006 telah mengalami masalah keretakan pada bahagian kerangka utama. Faktor ekonomi juga telah memainkan peranan di mana peruntukan untuk R&D dikurangkan menyebabkan kajian terpaksa diperlahankan untuk menurunkan berat sesebuah motosikal.

Namun itu bukanlah penghujung kepada pengurangan berat motosikal kerana ada antara syarikat yang telah menemui cara baru untuk melakukannya. Antaranya ialah menghapuskan sebahagian elemen struktur motosikal itu sendiri.

1299-Panigale-S-Anniversario-02

Ducati, contohnya telah memperkenalkan konsep bebas kerangkan ataupun “frameless” pada rangkaian model Panigale mereka. Bahagian suspensi belakang menghubungkan lengan ayun belakang terus ke bahagian kotak enjin dengan menggunakan pelekap kecil sahaja. Tidak ada kerangka yang memegang bahagian ini yang menghasilkan penjimatan berat secara drastik sekitar 20 ke 30 peratus, berbanding motosikal lain yang sekelas dengannya.

Adakah ini kemuncak kepada pengurangan berat pada motosikal? Jawapannya mungkin tidak. Malah mungkin ia akan menjadi lebih futuristik. Ambil contoh sistem suspensi belakang Panigale di mana ia dihubungkan terus dengan kotak enjin, maka tidak mustahil jika satu hari nanti komponen suspensi hadapan juga boleh terus ‘dilekatkan’ pada kotak enjin.

Untuk penyelidikan yang berterusan seharusnya dijalankan oleh setiap pengeluar motosikal. Kita juga berharap kemajuan ekonomi akan membolehkan kita mampu merasai kemajuan teknologi yang ada sekarang mahupun di masa hadapan. Macamana rasanya kalau ada sebuah Panigale di garaj di sebelah Modenas Kriss? Membayangkannya pun boleh tersengih 2 hari 2 malam rasanya.

Google ads
Back to top button