TOPI KELEDAR MODEN & RETRO BMW MOTORRAD 2017

SHARE

Katalog BMW Motorrad 2017 mengetengahkan topi keledar System 7 Carbon yang menggantikan model System 6 Evo. Topi keledar mewah semua dalam satu itu dikatakan telah menetapkan satu penanda aras baru dari segi keselamatan, versatiliti dan aerodinamik.

Topi keledar itu boleh diubah menjadi  model muka penuh atau separuh dengan hanya membuka pelindung dagu. Cuma beberapa minit diperlukan tanpa sebarang peralatan khas.

BMW-Motorrad-2017-helmets-mekanika (1)

Seperti namanya, ia diperbuat daripada gentian karbon dan kemasan dalam untuk meningkatkan lagi kekukuhannya. BMW mendakwa System 7 Carbon telah melepasi semua standard keselamatan dan hanya seberat 1.58kg hingga 1.68kg, bergantung kepada saiz.

Bahagian dalaman topi keledar ini diperbuat daripada segmen-segmen EPS dengan ketebalan busa berbeza. Ini bagi menawarkan prestasi penyerapan hentakan yang terbaik dan memberi keselesaan. Semua pad dalaman juga boleh ditanggalkan dan dibasuh.

BMW-Motorrad-2017-helmets-mekanika (1)

Visor MaxView berbentuk tiga dimensi menawarkan pandangan yang jelas sepanjang masa. System 7 Carbon turut hadir bersama aero spoiler, visor bersepadu dan sistem ventilasi.

System 7 Carbon boleh didapati dalam warna hitam, putih Graphite Matt dan preak. Di samping skim cat Prime, Moto serta Spectrum Fluor.

BMW-Motorrad-2017-helmets-mekanika (2)

Bagi mereka yang gemarkan gaya retro, topi keledar Legend memang sesuai untuk anda. Ia diperbuat daripada gentian kaca lebih kukuh bersama sentuhan oldskul seperti pelindung cahaya matahari dan goggles.

Bahagian dalamnya dipasang dengan kemasan kulit, bersama bucu berwana krom. Topi keledar itu kemudian diserlahkan dengan skim cat tiga warna. Selain dekorasi nineT dan hitam metalik.

Share this post

scroll to top