TOPI KELEDAR SHARK EVO-ONE 2: SESUAI UNTUK KEGUNAAN HARIAN – JOHANN ZARCO

SHARE

Topi keledar SHARK EVO-ONE 2 telah menerima ‘kelulusan’ daripada Juara Dunia Moto2 dan 2017 MotoGP Rookie of the Year, Johann Zarco.

Pelumba Perancis yang memakai model SHARK Race-R Pro ketika beraksi di atas litar itu memilih topi keledar EVO-ONE 2 untuk tunggangan di jalan biasa.

EVO-ONE 2 merupakan pembangunan terkini dalam rangkaian produk EVO yang dihasilkan oleh SHARK Helmet. Ia juga mejadi siri topi keledar pertama yang menerima dua homologasi.

Tampil dengan profail aerodinamik yang kompak, EVO-ONE 2 generari baharu didatangkan bersama sistem auto-up/auto-down. Sistem itu berfungsi menaikkan visor apabila pelindung dagu dinaik atau diturunkan ketika dipakai.

Topi keledar tersebut direka menggunakan Computational Fluid Dynamics (CFD) yang cukup sofistikated untuk mengurangkan bunyi bising dan meningkatkan kestabilan secara signifikan.

EVO-ONE 2 juga dioptimumkan dari segi ventilasi, pelindung dagu yang lebih kukuh, plat sisi rekaan baru dan banyak lagi.

Topi keledar ini sudah mula ditawarkan di pasaran United Kingdom dalam 17 warna dengan saiz XS hingga XL. Harga bermula £349.99 (RM1,945) hingga £369.99 (RM2,056) seunit.

Share this post

scroll to top