TUNGGANG UJI ADV DI LEBUHRAYA. BMW GS, TRIUMPH TIGER, KTM 1290, AFRICA TWIN & V-STROM

SHARE

Ini mungkin review paling komprehensif pernah dibuat terhadap motosikal flagship adventure yang ada di pasaran. Motorcycle.com menerusi laman youtube mereka telah memuatnaik tunggang uji bagi kesemua motosikal utama dalam kelas heavyweight adventure.

Mereka menggunakan penunggang berbeza yang mempunyai latarbelakang yang berbeza. Kemudian, setiap penunggang ini memberi komen bagi setiap motosikal yang mereka uji.

Motosikal yang terlibat ialah BMW R1200GS Adventure, Honda Africa Twin Adventure Sports, KTM 1290 Super Adventure R, Suzuki V-Strom 1000 XT, Triumph Tiger 1200 XCa, danYamaha Super Tenere ES.

Ini merupakan pusingan pertama yang menampilkan ujian di atas permukaan jalan sepenuhnya. Dalam satu video berasingan, mereka juga menguji kemampuan jentera tersebut di lalauan off-road seperti di pautan di bawah.

BACA: PUSINGAN KE-2, UJIAN DI LAMAN OFF-ROAD

Jika anda sedang mencari atau sedang mengkaji model mana yang hendak dibeli, video ini boleh membantu kerana mereka memberi perincian berdasarkan kekuatan dan kelemahan setiap motosikal tersebut.

 

 

Share this post

scroll to top