Motosikal

UNIT TERAKHIR DUCATI P1299 PANIGALE R FINAL EDITIONS SEDIA DIHANTAR KE DUCATI STORES

Unit terakhir Ducati 1299 Panigale R Final Editions yang sangat eksklusif kini telah dihantar ke Ducati Stores.

Motosikal itu dilihat cukup istimewa kerana dipasang dengan enjin yang mencatat sejarah buat Ducati dalam perlumbaan World Superbike Championship. Sebab itulah hanya 1,299 unit sahaja dibina.

Setiap unit dihantar bersama sijil tulen yang menjadikannya lebih berharga. 1299 Panigale R Final Editions menawarkan teknologi, prestasi dan rekaan yang tiada tandingan.

Setiap satunya dipasang dengan enjin 1299 Superleggera dan Final Edition Superquadro yang mampu menjana kuasa 209hp pada 11,000rpm serta tork 142Nm pada 9,000rpm.

Ia juga hadir dengan crankshaft lebih ringan, crank pin besar dan pad pengimbang tungsten. Sementara con-rod seperti injap pengambilan ekzos diperbuat daripada titanium.

Dibangunkan bersama dengan Ducati Corse, struktur monokok ultra kompak itu mempunyai kotak udara dan memainkan peranan penting dalam menghadkan berat kering 1299 Panigale R Final Editions kepada hanya 179kg.

Tetapan chasis pula terdiri daripada suspensi mekanikal Öhlins dan headstock rake 24°. Bukan itu sahaja, ia turut dipasang dengan ekzos Akrapovič titanium sepenuhnya dengan dua penyenyap yang mematuhi piawaian Euro 4. Sama seperti yang ada pada model Panigale R.

Pakej elektronik pula merangkumi Bosch Inertial Measurement Unit (IMU) yang dilengkapi ciri ABS Cornering, Ducati Wheelie Control (DWC) EVO, Ducati Traction Control (DTC) EVO dan Engine Brake Control (EBC).

Semua sistem itu mempunyai tetapan default yang dihubungkan dengan mode tunggangan yang dipilih iaitu Race, Sport dan Wet. Tetapi ia juga boleh diubah suai mengikut kecederungan penunggang.

GALERI

Google ads
Back to top button