Motosikal

VERSI JALANAN HONDA RC213V-S

Honda RC213V-S merupakan motor tunggangan  Marc Marquez dan Dani Pedrosa dalam perlumbaan MotoGP. Indonesia cukup beruntung kerana PT Astra Honda Motor (AHM) membawa masuk versi jalanan RC213V-S.

29150_RC213V-S-mekanika (2)

Lebih istimewa, Honda RC213V-S memiliki nombor siri pengeluaran yang ke-70. Nombor berkenaan adalah simbolik kepada ulang tahun kemerdekaan Republik Indonesia ke-70 tahun.

Honda RC213V-S dilengkapi enjin 999cc penyejukan cecair DOHC FI. Kuasa yang mampu dihasilkan ialah 156.7hp @ 11,000rpm dan tork maksimum 102Nm @ 10,500rpm. Penghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada transmisi 6-kelajuan.

Sehingga kini, masih belum ada pembeli berpotensi di Indonesia. Kehadiran model berkenaan hanyalah untuk tujuan pameran. Namun, jika ada pihak yang berminat, AHM akan cuba berunding dengan ibu pejabat Honda untuk mendapatkan model berkenaan.

Model yang dihasil menggunakan tangan itu berharga 21,000,000 yen (RM769,503.55) di Jepun!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button