Motosikal

VERSI NINJA SPECIAL EDITION LIMITED

PT Kawasaki Motor Indonesia (KMI) memperkenalkan model Ninja 250 ABS Special Edition Limited.

kawasaki-ninja-250-abs-special-edition-limited-mekanika (3)

Model tersebut sudah berada di pasaran sejak awal 2016. Pihak KMI memperkenalkan dua warna iaitu Lime Green dan Metallic Raw Graystone.

Perbezaan model berkenaan ialah penggunaan spesifikasi tayar radial lebih lebar. Saiz tapaknya kini ialah 150.

kawasaki-ninja-250-abs-special-edition-limited-mekanika (2)

Rim hadapan juga lebih lebar (3.00×17) berbanding standard (2.75×17). Model ABS Special Edition Limited dilengkapi standard dengan grafik sporty dan dinamik, pelindung angin tinggi warna smoked,  frame slider serta pelana tunggal.

Harga atas jalan model berkenaan ialah  Rp68,6 juta (RM20,580). Berbeza sekitar RM3,000 dengan versi Ninja 250 di sana.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button