Motosikal

YAMAHA AUTOMATIC WORLD, BAKAL PERKENAL MODEL BARU!!!

Ini adalah acara yang diadakan oleh Hong Leong Yamaha setiap tahun. Di tempat yang sama di pusat beli belah Berjaya Times Square. Tahun lepas, Y15Z pun diperkenalkan di sini. Event ini akan berlangsung 3 hari bermula 22-24 Julai 2016 (Jumaat – Ahad) dari 10 pagi hingga 10 malam.

Tricity

Tahun ini tora datang lagi dan katanya event lebih meriah kerana fokus acaranya ialah model-model automatik. Antara motor menarik yang dipamerkan ialah teknologi masa depan Yamaha, model konsep yang terbaru untuk tatapan umum. Juga ada pelbagai aktiviti dan pelbagai hadiah istimewa disediakan kepada pengunjung bertuah.

Yamaha juga bakal melancarkan sebuah model automatik serba baru. Model apa? Kami pun tak diberitahu. Mungkinkah X-Max 250cc? Atau adakah Aerox 125 LC? Atau Tricity?.

Aerox 125

Kalau mengikut wilayah, kemungkinannya ada pada Aerox 125LC kerana ia mendapat sambutan cukup bagus di Indonesia. Cuma HLYM mungkin terpaksa hentikan EGO LC dan posisikan semula Nouvo. Sebenarnya tidak ada masalah pun sebab kalau lihat sebelum ni selepas Y15ZR dilancarkan, LC135 ES (5 speed klac) dihentikan pengeluarannya.

Kalau mengikut unik, mungkin Tricity – ia adalah imprestasi teknologi (Tricity dijual di Thailand).

2016-Yamaha-X-MAX-250-mekanika (10)

Tapi kalau nak ikut power dan menentang arus, X-Max 250cc – Yamaha akan ‘kembalikan’ Majesty ke pasaran Malaysia.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button