YAMAHA BELI PATEN JENTERA TIGA RODA BRUDELI LEANSTER DARI NORWAY 

SHARE

Sebagaimana yang dilaporkan oleh banyak media sebelum ini, Yamaha ada memperkenalkan motosikal tiga rodanya yang diberi nama Niken pada acara Tokyo Motor Show 2017 dan EICMA 2017.

Namun, tahukah anda bahawa Yamaha juga telah membeli paten jentera Leanster yang dihasilkan oleh sebuah firma dari Norway, Brudeli Tech?

Pembelian paten itu jelas menunjukkan bahawa Yamaha memang berminat untuk menghasilkan motosikal tiga roda pada masa depan. 

Dalam satu kenyataan media oleh Brudeli Tech, ia menyatakan telah melengkapkan jualan paten Brudeli 654L dan 625L dengan Yamaha pada Disember lalu.

“Saya melihat penjualan ini sebagai satu penghormatan yang besar. Ini kerana Yamaha berminat untuk membeli teknologi yang kami bangunkan di Norway.

“Dengan kecekapan, pengetahuan dan kesungguhan Yamaha, kami yakin produk baharu ini pasti mengujakan,” kata pemilik Brudeli Tech Holding AS, Geir Brudeli.

Brudeli Tech Holding AS ditubuhkan pada tahun 2001 dan kenderaan konsep pertamanya didedahkan pada EICMA 2005. Pada ketika itu, pasaran motosikal dengan dua buah tayar di hadapan masih sangat baru.

Share this post

scroll to top