Motosikal

YAMAHA CYGNUS RAY-ZR

Pada Delhi Auto Show 2016, Yamaha India mendedahkan skuter terbaharu mereka dengan penampilan lebih segar. Yamaha Cygnus Ray-ZR itu juga didatangkan dengan warna badan yang elegan.

Yamaha-Cygnus-Ray-ZR-india (3)

Berasaskan platform skuter Ray, model tersebut didatangkan dengan enjin 113cc SOHC bersama transmisi CVT.  Berat skuter berkenaan juga cukup ringan, hanya 103kg.

Tidak ketinggalan,  Yamaha turut membekalkan motosikal itu dengan teknologi Blue Core.

Yamaha-Cygnus-Ray-ZR-india (4)

Untuk kemudahan pemilik, tersedia ruang simpanan di bawah pelana seluas 21 liter. Sementara, keselesaan tunggangan ditawarkan menerusi suspensi fork teleskopik di hadapan dan rim aloi aluminium serta cakera brek.

Menurut Yamaha India, kehadiran model itu adalah respons kepada pasaran skuter India yang semakin melonjak dengan pertumbuhan pelanggan yang kukuh.

Yamaha-Cygnus-Ray-ZR-india (2)

Bagaimanapun, harga dan tarikh pelancaran rasmi Cygnus Ray-ZR tidak dimaklumkan ketika majlis prebiu itu.

Foto:indiaautosblog

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button